Harian Metro

TANPA ABAH AIDILFITRI HAMBAR

Azhan sudah terbiasa beraya cara sederhana sejak bapa tersayang meninggal dunia pada 2016

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Memang kami tak beria raya pun selama ini. Apatah lagi, sekarang penularan wabak Covid-19 AZHAN

Kehilangan insan tersayang membuatkan keceriaan Aidilfitri bagai tiada erti. Itulah yang dirasakan pelakon berkaliber, Azhan Rani, 44.

Apatah lagi, ibu bapa adalah tonggak kebahagian utama anak-anak. Namun, suratan takdir tiada siapa mampu mengelakny­a.

Menurut Azhan, dia dan keluarga sudah terbiasa meraikan Aidilfitri secara sederhana. Malah, kemeriahan tidak begitu dirasakan sejak bapanya meninggal dunia pada 2016.

“Sebenarnya sejak abah saya dah tak ada empat tahun lalu, sambutan hari raya saya bersama keluarga sudah hambar. Memang kami tak beria raya pun selama ini. Apatah lagi, sekarang penularan wabak Covid-19.

“Masalah pandemik ini sudah beberapa bulan berlaku dan hingga kini belum selesai. Saya pun dah lama tak boleh bekerja dan sekarang setiap hari hanya mampu berdoa semoga Allah pulihkan keadaan ini segera.

“Apa yang utama buat saya sekarang nak tahu apakah hidup kita selamat dan sudah sedia bekerja semula bagi memulihkan ekonomi diri yang terjejas kerana ketirisan sumber kewangan,” katanya.

Namun, yang pasti Azhan yang dikenali dengan watak Ustaz Syed Hamadi dalam drama Nur dan Nur 2, kesal dengan tindakan segelintir masyarakat yang degil.

“Saya tidak faham kenapa ada segelintir individu dalam masyarakat yang ambil mudah berkaitan bahaya Covid-19 ini. Tetap balik ke kampung untuk beraya.

“Kita semua sepatutnya maklum dan faham risiko wabak ini terutama pada golongan warga tua, kanak- kanak dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Kenapa nak bahayakan mereka?

“Hanya kerana mahu meneruskan amalan tradisi balik kampung dan aktiviti kunjung-mengunjung, kita sanggup melanggar arahan kerajaan demi kepuasan diri,” katanya.

Azhan berkata, dia yang tinggal bersama ibunya sentiasa memastikan individu paling penting dan disayangin­ya itu duduk dalam rumah dan tidak bertemu dengan orang lain.

“Mak saya berusia 74 tahun, dia adalah golongan berisiko tinggi untuk mudah dijangkiti. Justeru, setiap hari saya ingatkan emak bahawa Aidilfitri ini tidak perlu ke rumah orang lain untuk kunjungan raya dan sebaliknya.

“Dalam soal ini, saya bukan mewujudkan sikap sombong dengan menolak tetamu yang datang ke rumah, tapi sebagai salah satu usaha nak selamatkan insan tersayang,” katanya.

Menurut Azhan, tolong buang kedegilan diri dan patuh arahan yang selalu diminta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk duduk di rumah, jaga jarak sosial dan utama kebersihan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia