Harian Metro

DUKA SAMBUT SYAWAL

Syuhada kehilangan bapa tersayang pada hari raya kedua akibat masalah jantung, buah pinggang dan kencing manis

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Sehari selepas meraikan Aidilfitri baru-baru ini, penyanyi Syuhada Md Amin, 24, akur dengan hakikat kehilangan bapa tersayang, Md Amin

Bahari, 66, yang ‘pergi’ buat selamanya.

Syuhada pernah dikenali dengan lagu Bukan Dia dan Tak Kena berkata, Allahyarha­m bapanya meninggal dunia di rumah, jam 4.50 petang Isnin lalu akibat menghidapi masalah jantung, buah pinggang dan kencing manis.

“Arwah abah sudah sakit sejak tiga tahun lalu. Cuma, tak sangka abah akan meninggalk­an kami sekeluarga dalam suasana meraikan Aidilfitri. Kesihatan abah pun nampak stabil sepanjang di rumah.

“Tiada tanda-tanda pelik ditunjukka­n abah sebelum arwah pergi meninggalk­an kami sekeluarga buat selamanya. Selama sakit, kami adik beradik pun menjaga abah dengan baik dan mengharapk­an dia cepat sembuh,” katanya.

Menurut Syuhada, walau pun sedih dia bersyukur urusan jenazah bapanya dapat diurus dengan lancar dan dipermudah­kan segalanya oleh Allah SWT.

“Kehilangan abah sebenarnya pertama kali saya dan keluarga diuji dengan dugaan yang besar ini.

Tak dinafikan, kematian abah sangat dirasai kami sekeluarga terutama ibu saya, Habibah Raja Tan, 59.

“Untuk saya sendiri yang selama ini meluangkan banyak masa menjaga abah ketika sakit bersama ibu, sangat perlukan masa untuk menerima keadaan ini yang berbeza tanpa abah di sisi.

“Apatah lagi, dalam pembabitan kerjaya nyanyian saya sejak menjuarai Idola Kecil musim pertama ketika berusia 12 tahun, abah banyak memberikan semangat dan sokongan padu,” katanya.

Syuhada berkata, arwah bapa juga yang berperanan menerapkan minatnya pada muzik termasuk mengajar dia menjadi seorang yang kuat semangat dan jangan mudah berputus asa jika masih belum berjaya.

Ujarnya, meskipun sedar hingga kini masih terkialkia­l membina nama dan mengetenga­hkan bakat, dia akan terus berusaha.

Katanya, kejayaan seseorang ada yang cepat diperoleh dan tak kurang juga harus melalui dugaan berliku.

“Saya akan terus positif berbekalka­n semangat, keyakinan dan restu yang ditinggalk­an oleh arwah abah. Bagi saya, kejayaan pun takkan datang bergolek tanpa usaha yang gigih,” katanya.

Sehubungan itu, Syuhada memaklumka­n jenazah bapanya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih di ibu kota. Katanya, semoga roh arwah dicucuri rahmat di sisi Yang Esa.

Arwah abah sudah sakit sejak tiga tahun lalu. Cuma, tak sangka abah akan meninggalk­an kami sekeluarga dalam suasana meraikan Aidilfitri

SYUHADA

 ??  ?? GAMBAR kenangan Syuhada (kiri) bersama arwah bapanya (kanan) yang meninggal dunia pada hari raya kedua.
GAMBAR kenangan Syuhada (kiri) bersama arwah bapanya (kanan) yang meninggal dunia pada hari raya kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia