Harian Metro

SANGGUP TINGGAL KERJAYA KUKUH

Rozilawati kini cukup dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya selepas keluar dari zon selesa sebagai akauntan dan pengarah kewangan

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.comm.my

Berasal dari keluarga sederhana bukanlah alasan untuk tidak dapat mencapai kejayaan dalam hidup.

Wanita yang bernama Rozilawati Ibrahim ini berjaya membuktika­n perkara itu apabila sanggup keluar daripada zon selesanya sebagai akauntan dan pengarah kewangan dengan menceburi bidang perniagaan sejak sembilan tahun lalu.

Kini pada usia 50 tahun, beliau menjadi antara salah seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan disegani di negara ini.

Antara ‘buah tangan’ keluaran syarikatny­a adalah inovasi Sahala iaitu tempat berwuduk khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) antara pertama di dunia.

Sepanjang kariernya pelbagai anugerah yang pernah diperoleh iaitu tempat kedua dalam NBOS Competitio­n 2016, menjadi finalis Anugerah Inovasi Malaysia 2017, mendapat pingat perak untuk Anugerah Harta Intelek Negara - Rekabentuk Perindustr­ian 2017 dan Islamic Innovation Challenge 2019 anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Platcom Ventures dan SME Corp Malaysia .

Beliau juga bukanlah calang-calang individu apabila pernah menjawat banyak jawatan penting di dalam beberapa buah syarikat besar di dalam dan luar negara sebelum menceburi bidang perniagaan.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, sebenarnya sejak kecil dia bercita-cita untuk menjadi peguam.

Katanya, bagaimanap­un arwah bapanya tidak bersetuju dengan keputusann­ya itu sebelum memilih untuk melanjutka­n pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang perakaunan.

“Sebenarnya sehingga kini saya tidak minat dengan hal membabitka­n kira-kira ini namun diteruskan juga sebagai memenuhi hasrat bapa.

“Selepas menamatkan pelajaran, saya bekerja di beberapa syarikat termasuk syarikat milik Jepun di Malaysia sebagai akauntan kanan sebelum bertugas sebagai Pengarah Kewangan wanita pertama di syarikat dari United Kingdom (UK) yang membuka cawangan di negara ini.

“Saya juga pernah bekerja di NTV7 sebagai akauntan pengurusan untuk membuat bajet pertama stesen televisyen itu sebelum berhenti kerana mengikut suami ke UK yang menyambung pengajian dalam Ijazah Doktor Falsafah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika di UK, Rozilawati berkata, pada mulanya beliau ingin berehat sambil menemani suaminya di sana.

“Bagaimanap­un, ia hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja, sebelum saya buat keputusan untuk bekerja sebagai tukang cuci. Namun selepas dua bulan, suami minta berhenti demi keselamata­n saya kerana perlu bekerja bermula 10 malam hingga 2 pagi.

“Selepas itu saya mohon pekerjaan dan ditawarkan bekerja secara tetap sebagai ‘credit controller’ di Remploy Ltd di Leeds. Saya bekerja di sana selama empat tahun sebelum kembali ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, di Malaysia beliau berehat sebentar untuk membantu anaknya yang akan menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Kemudian saya jalankan perniagaan dalam talian sebelum mendapat tawaran untuk bertugas di syarikat Kontena Nasional selama empat tahun.

“Selepas itu, saya mengubah angin daripada makan gaji dengan memulakan perniagaan sendiri pada 2011 bersama seorang rakan dengan menubuhkan syarikat Meas-Tech Solutions Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata, idea untuk mengeluark­an inovasi Sahala selepas melihat hampir tiada kemudahan yang disediakan untuk OKU mengambil wuduk di masjid.

“Menyedari perkara itu, kami menghasilk­an stesen wuduk yang mudah diakses pada kerusi roda dan sistem aliran air secara menyeluruh bagi memudahkan OKU, warga emas dan wanita hamil mengambil wuduk sendiri.

“Inovasi ini membolehka­n OKU mengambil wuduk sambil duduk sama ada di kerusi roda atau kerusi statik.

“Kami bersyukur kerana mendapat geran daripada Platcom Ventures Sdn Bhd di bawah AIM yang banyak membantu untuk kami terus berkembang,” katanya.

Tambahnya, bidang perniagaan adalah satu perkara baru dan mencabar kerana banyak perkara yang perlu dipertimba­ngkan.

“Sebagai Pengarah Urusan saya bersama seorang rakan kongsi bertanggun­gjawab sepenuhnya untuk memastikan syarikat dapat beroperasi dengan baik.

“Ini bukanlah tugas yang mudah kerana dalam keadaan ekonomi yang mencabar, pelbagai perkara perlu dihadapi dan saya bersyukur dengan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, keluarga dan pekerja sehingga kini, kami masih mampu bertahan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai ‘bos’ wanita, dia menjaga hubungan baik dengan pekerjanya, dengan menganggap mereka sebagai keluarga sendiri.

“Saya seorang yang tidak boleh duduk diam dan akan turun padang untuk turut bersamasam­a membantu pekerja di kilang. Jadi secara tidak langsung dapat wujudkan hubungan dengan mereka.

“Malah di kilang, semua pekerja memanggil saya kakak dan kami selesa dapat bekerja bersama,” katanya.

Ditanya bagaimana beliau membahagik­an masa, Rozilawati mengakui sebagai ahli perniagaan wanita dia berdepan cabaran yang besar.

“Terus terang sebagai wanita sememangny­a sukar kerana pada masa sama kita juga adalah ibu dan juga isteri dalam keluarga. Suami banyak membantu meringanka­n beban yang ditanggung.

“Saya sangat bersyukur dalam hal ini, suami dan anakanak memberi sokongan dan cukup memahami biarpun saya selalu membawa balik kerja ke rumah,” katanya.

Mengenai perancanga­n masa hadapan, beliau berhasrat untuk memastikan produknya berkembang sehingga ke luar negara.

“Untuk Sahala, saya berharap suatu hari nanti ia digunakan di Mekah dan Madinah untuk membantu jutaan umat Islam terutama OKU menunaikan ibadah di sana selain mahu menjadikan produk Cantum sebagai barang wajib dimiliki suri rumah.

“Selain itu saya mahu wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meneroka potensi baru untuk mengembang­kan syarikat ke persada dunia,” katanya.

 ?? FOTO IHSAN ROZILAWATI IBRAHIM ?? BERSAMA suami, Prof Madya DrRahizar Ramli yang banyak membantu.
MAJLIS Anugerah Harta Intelek 2017.
BUKTIKAN mampu menjadi ahli perniagaan
yang berjaya.
FOTO IHSAN ROZILAWATI IBRAHIM BERSAMA suami, Prof Madya DrRahizar Ramli yang banyak membantu. MAJLIS Anugerah Harta Intelek 2017. BUKTIKAN mampu menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
 ??  ??
 ??  ?? SELESAI projek kotak kayu yang dipesan pelanggan.
SELESAI projek kotak kayu yang dipesan pelanggan.
 ??  ?? STESEN Wuduk Sahala.
STESEN Wuduk Sahala.
 ??  ?? PEKERJA Rozilawati di kilang di Meru, Selangor.
PEKERJA Rozilawati di kilang di Meru, Selangor.
 ??  ?? SERING meluangkan masa bercuti dengan keluarga.
SERING meluangkan masa bercuti dengan keluarga.
 ??  ?? KETIKA sertai Ekspo Halal Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
KETIKA sertai Ekspo Halal Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia