Harian Metro

Selesai gaji ‘sangkut’ ikut jadual

-

Kuala Lumpur: Mampukah Persatuan Bolasepak Melaka United (Musa) menyelesai­kan tunggakan gaji musim lalu berjumlah hampir RM800,000 dalam tempoh sebulan?

Persoalan itu kini bertiup kencang di kem skuad Hang Tuah berikutan pengurusan bola sepak negeri itu berdepan pelbagai cabaran untuk menyelesai­kan bayaran tunggakan terbabit dalam tempoh berkenaan.

Malah, menurut sumber, pasukan terbabit turut berdepan dengan masalah pembayaran gaji apabila setakat ini tertunggak kira-kira dua bulan dengan kali terakhir pemain hanya menerima 30 peratus daripada pendapatan mereka sebulan.

Namun, Naib Presiden Musa, Mohd Ashiq Abd Samad pula optimis tunggakan itu dapat diselesaik­an dalam masa ditetapkan, sekali gus mengelak pasukan itu daripada berdepan ‘malapetaka.’

“Kami fokus untuk selesaikan satu persatu. Kita sudah selesaikan tunggakan Mac sebelum ini dan bulan ini, kita akan lunaskan tunggakan April pula.

“Kami juga sedang bekerja keras untuk menyelesai­kan tunggakan gaji musim lalu hampir RM800,000. Kami sudah memaklumka­n perkembang­an ini kepada pemain dan mereka faham keadaan kita.

“Kami optimis tunggakan tahun lalu ini dapat diselesaik­an dan presiden (Datuk Sulaiman Md Ali) juga memberi jaminan berhubung isu ini,” katanya.

Sebelum ini, ketika Melaka diambang pemotongan enam mata akibat kegagalan membayar tunggakan gaji 2018 sebelum 30 April lalu, pasukan terbabit lega apabila diberikan ‘talian hayat’ dengan tempoh pembayaran dilanjutka­n hingga tempoh Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Talian hayat yang diberikan menerusi mesyuarat Pelesenan Kelab (FIB) itu jelas memberi kelegaan kepada pasukan berkenaan yang sebelum ini dikenakan pemotongan tiga mata akibat kegagalan menjelaska­n hutang 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia