Harian Metro

SAKAT SAFAWI

Sumareh tayang Mercedes Benz hanya untuk bergurau

- lapor Syazwan Msar.

“Saya meletakkan gambar berkenaan di Instagram bukannya sebab mahu meraih perhatian ramai, tapi semata-mata bergurau dengan Safawi yang berbuat demikian tiga hari lalu,” kata pemain naturalisa­si negara,

Mohamadou Sumareh mengenai tindakanny­a menayang kereta Mercedes Benz miliknya hingga

tular di laman sosial. Sebelum ini, bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid menarik perhatian netizen apabila bergambar bersama kereta baharunya, Porsche Cayman

987 berharga lebih setengah juta ringgit,

Tiada niat untuk riak ataupun bersaing dengan tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid mempamerka­n kenderaaan mewah di laman sosial.

Itu reaksi pemain naturalisa­si negara, Mohamadou Sumareh terhadap gambarnya bersama kereta Mercedes Benz di Instagram yang tersebar hingga mendapat reaksi pelbagai pihak.

Tonggak skuad Tok Gajah itu berkata, kereta yang berharga lebih RM200,000 itu dibeli dua tahun lalu dan sering digunakan untuk ke lokasi latihan atau menyelesai­kan urusan seharian.

Sumareh berkata, dia meletakkan gambar berkenaan di Instagram bukan mahu meraih perhatian orang ramai namun semata-mata bergurau dan ‘menyakat’ Safawi yang berbuat demikian tiga hari lalu.

“Jika baca kepada komen lebih kepada untuk bergurau saja bersama rakan sepasukan lain dan boleh lihat mereka juga terhibur dengan tindakan saya itu.

“Saya tiada niat untuk perli Safawi kerana kami berkawan baik dan sentiasa bergurau dengan hantaran gambar atau mesej sebagai hiburan ketika musim Covid-19,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Safawi menarik perhatian netizen apabila bergambar bersama kereta baharunya, Porsche Cayman 987 berharga lebih setengah juta ringgit.

Sumareh pula berkongsi gambarnya yang bergaya di hadapan jentera dipercayai kereta baharunya di laman Instagramn­ya, semalam.

Gambar terbabit turut disertakan dengan kapsyen ‘jika anda tidak pergi, anda tidak akan tahu’ berserta tanda pagar #dudukdirum­ah dan #kekalselam­at.

Berdasarka­n reka bentuk kereta Sumareh berwarna kelabu metalik itu, dipercayai kereta terbabit adalah Mercedes A-Class hatchback dengan harga permulaan sekitar RM227,888.

Selain pemain tempatan, beberapa bekas rakan sepasukann­ya tidak ketinggala­n meninggalk­an komen antaranya Matt Davies yang meminta Sumareh supaya tidak ‘meniru’ Safawi.

“Saya tiada niat untuk perli Safawi kerana kami berkawan baik dan sentiasa bergurau Mohamadou Sumareh

 ??  ??
 ??  ?? SUMAREH bersama Mercedes Benz.
SUMAREH bersama Mercedes Benz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia