Harian Metro

MESSI JANGGAL TANPA PENONTON

Kapten Barca teruja saingan ‘pelik’ La Liga

- AFP

Kapten Barcelona dan Argentina, Lionel Messi berkata dia teruja untuk kembali beraksi namun menganggap aksi La Liga yang bersambung selepas ditangguhk­an kerana Covid-19 tanpa penonton agak pelik.

Messi sama seperti pemain lain menjalani perintah berkurung susulan pandemik Covid-19 kini berlatih bersama Barca menjelang saingan La Liga yang dijangka bersambung kembali dalam stadium kosong pada 12 Jun ini.

“Kami tak boleh fikir apa yang kami tinggalkan tahun ini, lebih baik fikir masa depan,” kata Messi dalam laman web Adidas.

“Seperti kembali berlatih, bertemu rakan sepasukan dan beraksi beberapa perlawanan pertama. Jelas, ia agak pelik pada mulanya tetapi saya teruja beraksi lagi selepas itu!

Menurutnya, bermain tanpa penonton adalah beberapa cabaran baharu.

“Persiapan skuad sama seperti menghadapi perlawanan lain tetapi secara individu anda perlu berlatih dan bersiap sedia dari segi mental untuk beraksi tanpa penonton kerana ia sangat pelik.”

“Ia seperti musim baharu bermula,” katanya. “Teknikalny­a ia musim sama tetapi saya fikir semua pemain dan pasukan bakal berdepan pengalaman berbeza.”

Messi sepatutnya mengemudi Argentina yang menjadi tuan rumah bersama Colombia pada Copa Amerika Mac lalu tetapi ditunda ke Jun dan Julai tahun depan.

“Penangguha­n Copa America memang mengecewak­an tetapi sudah tentu ia tindakan tepat,” kata Messi.

“Copa kejohanan besar bagi saya tahun ini dan saya tak sabar beraksi semula. Sudah tentu sukar menerima penangguha­nnya tetapi saya faham, ia keputusan wajar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia