Harian Metro

DOA 73 HARI

Jackie 73 hari ditahan di hospital kerana Covid-19

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@ hmetro.com.my

“Setiap hari saya berdoa dan semakin mendekatka­n diri dengan Tuhan.”

Demikian pengakuan jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong yang akhirnya dibenarkan pulang ke rumah kelmarin selepas menjalani tempoh pengasinga­n selama 73 hari di Hospital Sibu kerana positif pandemik Covid-19.

Jelas Jackie, dia tidak pernah berputus asa mengharapk­an bebas daripada wabak Covid-19 sekali gus dibenarkan untuk keluar dari hospital meskipun lebih dua bulan ditahan di wad.

“Saya akui cabaran kali ini amat besar bagi saya dan juga ahli keluarga kerana ayah saya juga dijangkiti Covid-19.

“Apa yang boleh dilakukan adalah berdoa saja sebab sebelum ini pun memang ahli keluarga tak dibenarkan melawat saya dan saya juga tak dibenarkan melawat ahli keluarga,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Jackie juga berkongsi rutin hariannya sepanjang 73 hari itu yang antaranya terus kekal menjalani latihan.

“Saya akan lihat video balingan yang saya lakukan sebelum ini atau pun balingan atlet lain supaya boleh mengingati segala teknik.

“Pada sebelah petang pula saya akan menjalani latihan di dalam wad selama dua jam bersama jurulatih menerusi panggilan video. Saya berharap akan kembali ke MSN (Majlis Sukan Negara) untuk menjalani latihan seperti biasa bersama jurulatih dan rakan sepasukan.

“Saya sedar ia akan mengambil masa untuk pulih dan bangkit kembali mencatat kecemerlan­gan di dalam bidang sukan yang saya ceburi,” katanya.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk SM Muthu sebelum ini mengesahka­n Jackie yang dimasukkan ke hospital sejak 16 Mac lalu, sudah dibenarkan pulang.

Jackie adalah pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi lelaki dengan jarak 68.22 meter yang dicatat pada Kejohanan KOM di Stadium Mini MSN di Bukit Jalil, Ogos tahun lalu.

“Setiap hari saya berdoa dan semakin dekatkan diri dengan Tuhan Jackie

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia