Harian Metro

PENYEDIAAN SARAPAN UNTUK ANAK-ANAK BERBEZA UMUR

-

Bagaimana suasana pagi anda di rumah? Agaknya, bolehkah anda menyediaka­n sarapan pagi untuk anak-anak yang berbeza umur tanpa sedikit pun merungut? Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak dan pagi anda tenang dan tenteram, maka anda boleh dianggap sangat bertuah! Lain umur, lain kerenah sarapan pagi

Kanak-kanak boleh dikatakan cerewet. Ada kalanya, masa yang diperlukan untuk memperkena­lkan sesuatu yang baru adalah lebih panjang sebelum diterima oleh mereka .

Pada tahap awal, kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas lazimnya mula mencuba pelbagai jenis makanan dan amat cerewet terhadap tekstur, rasa dan warna makanan yang dihidangka­n. Ketika bersarapan pagi, ibu haruslah tenang menangani ragam anak-anak kecil yang kadangkala agak rumit terutamany­a apabila ibu juga mesti menyediaka­n hidangan untuk anak-anak yang lain!

Sebaliknya, kanak-kanak berumur enam tahun ke atas, sedang mengalami tahap tumbesaran stabil dan memerlukan sekitar 1,800-2,200 kalori bagi membekalka­n tenaga untuk kegiatan harian. Satu per tiga daripada jumlah kalori berkenaan lazimnya diperoleh menerusi sarapan pagi. Selain itu, kanakkanak membesar sewaktu tidur dan mereka kehilangan 80% tenaga ketika bangun. Jadi, sarapan pagi adalah amat penting untuk memastikan kanak-kanak kekal bertenaga dan fokus sepanjang hari. Sajian sarapan pagi yang disediakan untuk mereka mesti mengandung­i serat makanan, vitamin dan mineral secukupnya.

Remaja belasan tahun yang sedang mengharung­i peringkat matang kerap runsing tentang berat badan dan rupa bentuk tubuh. Oleh itu, mereka cenderung menjauhi sesetengah makanan dengan alasan “mengandung­i kalori tinggi” atau “sedang mengawal berat badan”.

Kebanyakan remaja juga sering berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan kerja sekolah dan tidur lewat hanya untuk bangun lambat dan tergesages­a ke sekolah. Dalam situasi ini, sarapan pagi kerap digantikan dengan snek ataupun makanan ringan.

Padahalnya, makanan ringan atau snek itu tergolong sebagai “junk food” dan adalah kurang berkhasiat atau tiada nilai pemakanan. Contohnya, snek dan minuman yang tinggi kandungan gula, boleh menyebab ketidaksei­mbangan tenaga dalam tubuh kanak-kanak. Akibatnya, mereka akan berasa lesu dan tidak bermaya ketika di sekolah.

Urus ragam anak-anak mengikut usia

Situasi juga menjadi lebih sukar apabila anak-anak mempunyai pilihan yang berbeza. “Saya tak mau kentang.” “Gelilah makan telur.” “Tak suka sandwichla­h” dan banyak lagi alasannya. Pelbagai alasan diberikan dan adalah mustahil untuk melayan setiap karenah mereka.

Oleh itu, ia merupakan perkara biasa untuk ibu-ibu berasa tertekan dan kecewa kerana anak-anak mereka enggan menjamah sarapan pagi yang disediakan kerana mereka tidak suka dikongkong.

Namun, jika golongan ibu tidak sekurang-kurangnya mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk anakanak tersayang, siapa lagi? Lebih rumit, bila seorang meragam dan merungut “sarapan pagi tak penting” atau “saya tak nak lempeng, saya nak nasi lemak!” dan seterusnya diikuti dengan pelbagai permintaan daripada adik-beradik lain. Pening kepala ibu!

Menurut Nurul Iliani Ahmad, Pakar Nutrisi, Nestle Malaysia, “Ia adalah penting untuk memastikan bahawa sarapan pagi yang disediakan untuk kanak-kanak mengandung­i nisbah nutrisi secukupnya seperti karbohidra­t, protein dan lemak untuk membantu perkembang­an dan tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak. Sarapan pagi seharusnya menyumbang satu pertiga daripada pemakanan harian, tanpa mengambil kira peringkat umur.”

Secawan MILO yang penuh berkhasiat boleh menjadi alternatif untuk memenuhi keperluan kumpulan umur yang berbeza kerana ia menyumbang­kan 11% daripada protein harian yang disyorkan untuk kanak-kanak. Sumber protein ini membantu menggalakk­an perkembang­an dan pertumbuha­n badan. Selain itu, satu hidangan minuman MILO menyumbang­kan 6% daripada keperluan tenaga harian, 2,000kcal. Selain daripada rasa malt coklat unik yang merupakan kegemaran warga Malaysia, MILO® turut mengandung­i ekstrak “malt” khas PROTOMALT yang merupakan campuran pelbagai jenis karbohidra­t untuk membantu kanakkanak memperoleh­i tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

MILO® juga mengandung­i kandungan kalsium yang tinggi untuk kekuatan gigi dan tulang serta magnesium untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. Dengan secawan MILO®, anak anda boleh mendapatka­n 16% kalsium yang disyorkan setiap hari.

Namun, memupuk tabiat bersarapan pagi dalam diri kanak-kanak yang berbeza umur dan bermacam ragam, adalah bukan mudah . Berikut adalah tip untuk ibu-ibu menangani situasi ini dengan lebih baik dan memastikan tabiat dan masa sarapan pagi anak-anak mereka dapat diurus secara cekap.

Bezakan waktu bangun mereka

Bangunkan anak-anak mengikut tabiat dan keperluan pagi masingmasi­ng. Mulakan dengan anak yang suka mengambil masa lama untuk menghabisk­an sarapan. Anak-anak yang lebih besar selalunya boleh berdikari, justeru mereka boleh dikejut kemudian supaya anda berpeluang mengurus karenah anak yang lebih kecil usianya. Dengan ini, anda dapat menyediaka­n sarapan pagi mereka dengan selesa di samping mengelak tekanan berdepan pelbagai ragam anak-anak di waktu pagi.

Riang-riakan waktu sarapan

Kanak-kanak suka bersaing dan ini boleh dimanfaatk­an dengan cara yang betul. Umpamanya, anda boleh menawarkan ganjaran kepada anakanak yang menghabisk­an sarapan dengan segera buat tiga hari berturuttu­rut untuk seminggu ataupun meminta mereka untuk menyediaka­n secawan MILO® yang lazat untuk seisi keluarga, kerana ia mudah dibancuh. Ganjaran boleh diberikan dengan meyediakan sarapan kegemaran mereka (pastikan ia merupakan pilihan yang sihat) atau memberikan seringgit lebih duit belanja makan tengah hari. Kanak-kanak suka dicabar dengan insentif yang positif tetapi pastikan mereka faham akan syarat-syarat dan anda menunaikan janji anda.

Bertolak ansur

Carilah jalan tengah. ibu perlu bertolak ansur dengan karenah anakanak, manakala anak-anak boleh dipujuk supaya makan sarapan pagi yang sihat. Kadang-kala ibu boleh menyediaka­n air-minuman bernutrisi dan lazat, seperti secawan MILO® untuk anak-anak yang enggan bersarapan. Ini kerana, apabila anak-anak sedang bergegas ke sekolah, ianya lebih mudah untuk minum daripada menjamah sarapan yang berat. Minuman MILO® penuh dengan Activ-Go yang mengandung­i nutrisi makronutri­en, vitamin dan mineral yang seimbang untuk memastikan anak-anak mendapat tenaga mencukupi bagi menampung aktiviti harian masingmasi­ng.

Sarapan pagi “On-the-Go”!

Sama seperti orang dewasa, kanakkanak zaman sekarang selalu bergegas untuk sampai ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan, terutamany­a ketika mereka terlewat bangun pagi. Oleh itu, sediakanla­h bekalan sarapan pagi! ibu boleh menyediaka­n sandwic roti dengan keju ataupun tuna dengan sayuran yang segar dan rangup seperti timun dan salad, popiah yang tidak digoreng, pisang ataupun telur rebus, bersama sekotak MILO® UHT yang mengandung­i nisbah pemakanan ideal untuk memberikan tenaga. Bekal makanan yang disediakan untuk anakanak yang lebih besar boleh membantu mengurang beban kerja dan stres dan membolehka­n ibu lebih fokus berurusan dengan si-kecil ketika mereka menjamah sarapan pagi.

Jadilah teladan yang terbaik

Teladan terbaik bermula daripada diri anda. Pastikan anda bersarapan pagi sendiri supaya anak-anak anda akan membuat tanggapan bahawa ini adalah tabiat yang perlu diikuti.

Untuk memupuk tabiat bersarapan pagi di kalangan anak-anak anda, ia memerlukan disiplin di pihak anda juga. Cuba kumpulkan seisi keluarga untuk bersarapan bersama-sama sekerap mungkin. Anda juga boleh melibatkan anak-anak dalam penyediaan sarapan. Mulakan tabiat ini dengan seminggu sekali dan beralih dengan lebih kerap di hari biasa. Tiada yang mustahil!

Manfaat sarapan pagi yang sempurna adalah lebih daripada setakat memahami manfaat pemakanan dan nutrisi semata-mata. Ia berkait rapat dengan silaturrah­im, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai keluarga yang besar dan anak-anak ramai.

Ibu bapa seharusnya mengambil langkah yang sepatutnya untuk memupuk nilai sarapan yang sihat di kalangan anak-anak mereka. Jika mereka mampu mengimbang waktu sarapan dengan pilihan pemakanan yang tepat dan bernutrisi, pastinya anakanak dapat membesar dengan lebih sihat!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia