Harian Metro

'TUN M ARAH SAYA KURANGKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP DAP'

- DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN

-

Petaling Jaya: Tun Dr Mahathir Mohamad akan membawa isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Kita memang nak pecat dia, tapi saya kena tunggu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu semalam.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya mengadakan sidang media di lokasi sama pada 4 petang semalam berhubung isu semasa Bersatu sebelum kemunculan secara tiba-tiba Dr Mahathir.

Berikutan perubahan itu, difahamkan, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri bergerak ke lokasi lain.

Sidang media Dr Mahathir itu turut dihadiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir berkata, banyak perkara salah dilakukan Muhyiddin sejak kebelakang­an ini terutama membabitka­n pemberian jawatan kepada ahli Umno yang menyertai Bersatu.

“Parti sudah buat keputusan orang Umno masuk Bersatu mesti melalui suatu proses.

“Orang Umno tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Apa yang dibuat oleh Muhyiddin salah,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir turut menegaskan beliau masih Pengerusi Bersatu dan Setiausaha Kerja Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya tiada hak memecatnya.

“Saya masih Pengerusi. Tindakan Setiausaha Kerja memecat kami salah. Dia tidak ada hak,” katanya.

Menurutnya, tugas seorang Setiausaha Kerja hanya membantu Setiausaha Agung menjalanka­n kerja pejabat dan tidak mempunyai kuasa mengeluark­an surat pemecatan.

Katanya, sebagai pengerusi, beliau juga mengambil keputusan memecat Muhammad Suhaimi sebagai Setiausaha Kerja dan digantikan dengan Datuk Sazmi Miah berkuatkua­sa hari ini.

“Dia melangkaui kuasa sebagai Setiausaha Kerja. Saya pun tak tahu dia boleh pecat orang,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir pada sidang media. semalam.
DR Mahathir pada sidang media. semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia