Harian Metro

‘MASUK LOKAP BUKAN BERMAKSUD BERSALAH’

Pelakon nafi pikat isteri orang untuk persetubuh­an

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Pelakon drama Monalisa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuh­an.

Tertuduh, Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, memakai baju-T belang hitam kelabu membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memikat wanita yang diketahui isteri sah kepada seorang lelaki untuk melakukan persetubuh­an dengannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Sering, Ukay, jam 8 malam Isnin lalu.

Muhammad Shah Radhi didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Prosiding kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa yang menawarkan wang jaminan RM6,000 sementara tertuduh diwakili peguam Harcharanj­it Singh.

Harcharanj­it bagaimanap­un memohon wang jaminan RM2,000 dikenakan terhadap anak guamnya kerana tertuduh seorang pelakon dan mendapat liputan meluas yang tiada alasan untuk dia melarikan diri.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM2,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes 5 Ogos depan.

Sebelum ini, pelakon itu turut terbabit dalam drama Hero yang berkisar mengenai bomba.

Rabu lalu, Harian Metro melaporkan pelakon berusia 23 tahun berkenaan ditahan selepas didakwa menjalinka­n hubungan dan melarikan isteri orang. Suspek ditahan jam 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan.

Lihat juga muka 19

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Shah Radhi didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
MUHAMMAD Shah Radhi didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, semalam. LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia