Harian Metro

Solat Jumaat 30 minit sahaja

-

Melaka: Solat Jumaat pertama yang diadakan di Melaka selepas ditangguhk­an dua bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana Covid-19 selesai dilakukan hanya dalam tempoh 30 minit semalam.

Tinjauan di Masjid al Ehsan, Kampung Londang di Masjid Tanah di sini, mendapati solat berkenaan diadakan secara ringkas dan cepat berbanding kebiasaann­ya sebelum PKP dilaksanak­an.

Sebaik saja bilal, Mohd Fazar Samad melaungkan azan pertama, 40 jemaah solat berkenaan tidak menunaikan solat sunat sebelum solat fardu Jumaat seperti yang lazim dilakukan sebelum ini.

Ia adalah untuk menjimatka­n masa berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Melaka (Maim) agar solat berkenaan dijalankan seringkas dan sesingkat mungkin.

Khatib yang juga Imam I Masjid al Ehsan, Mohd Nawawi Abdullah terus membacakan teks khutbah pertama dan kedua yang hanya berlangsun­g selama 10 minit berbanding kira-kira setengah jam sebelum ini.

Selesai sahaja memberi salam kedua, imam terbabit terus membaca doa tanpa didahului dengan tasbih, tahmid dan takbir seperti yang lazim dilakukan selepas solat Jumaat yang lazimnya.

Sementara itu, pengerusi masjid berkenaan Datuk Abdul Mutalif Che Mat berkata, hanya 40 jemaah dibenarkan menunaikan solat berkenaan dengan surat jemputan untuk mereka diberikan seminggu sebelum solat Jumaat.

“Mereka tidak akan dipilih lagi bagi menunaikan solat Jumaat minggu hadapan kerana peluang itu diberikan kepada anak kariah lain sebagai langkah memberikan keadilan kepada semua pihak,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 40 jemaah solat Jumaat di Masjid al Ehsan, Kampung Londang, semalam.
SEBAHAGIAN daripada 40 jemaah solat Jumaat di Masjid al Ehsan, Kampung Londang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia