Harian Metro

Pengantin antara tiga dikompaun kahwin di kuil

-

Serdang: Seorang pengantin lelaki antara tiga individu dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila terbabit dalam upacara perkahwina­n di sebuah kuil di Seri Kembangan di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan dalam kenyataan, semalam berkata, siasatan kes berkenaan sudah selesai selepas mengambil keterangan semua pihak berkaitan dengan majlis itu.

Menurutnya, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Selangor pada Rabu lalu dan arahan kompaun ke atas pengerusi dan sami kuil serta pengantin lelaki dibuat jam 2.30 petang semalam.

Ahad lalu, tular sebuah video menunjukka­n sebuah kuil di sini, dikunjungi hampir 100 orang dipercayai bagi upacara perkahwina­n walaupun kerajaan melarang perhimpuna­n termasuk di rumah ibadat berikutan pelaksanaa­n PKPB bagi membendung wabak Covid-19.

Dalam perkembang­an lain, Ismadi berkata, polis menahan reman lapan suspek yang terbabit dalam insiden pergaduhan membabitka­n dua kumpulan penunda kenderaan di Seri Kembangan di sini, kelmarin. - Bernama

 ??  ?? TIGA lelaki yang dikompaun.
TIGA lelaki yang dikompaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia