Harian Metro

Sabak Bernam kini zon hijau

-

Shah Alam: Sabak Bernam kini bebas kes Covid-19 dan dikategori zon hijau apabila mukim Bagan Nakhoda Omar serta Pasir Panjang mencatatka­n sifar kes aktif sehingga jam 12 tengah hari kelmarin.

Berdasarka­n maklumat Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), daerah itu sebelum ini merekodkan tiga kes aktif dan 27 kes secara keseluruha­n.

“Ini membolehka­n Sabak Bernam menyertai Kuala Langat sebagai daerah zon hijau. Hebat-hebat warga Sabak Bernam, teruskan berdisipli­n. Tahniah!,” kata kenyataan itu yang dikongsi di Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia