Harian Metro

MENINGKAT 103 KES

Jangkitan baharu Covid-19 naik mendadak

-

Katanya, daripada keseluruha­n kes penularan tempatan itu, hanya 12 kes jangkitan membabitka­n penduduk tempatan, selebihnya kes baharu dalam kalangan warga asing.

“Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes baharu dalam kalangan bukan warga Malaysia yang mana 53 kes dikesan menerusi Kluster Pedas dan 24 kes daripada Kluster Syarikat Pembersiha­n.

“Oleh itu, kes penularan tempatan dalam kalangan warga Malaysia adalah 12 kes sahaja,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, ada 66 kes yang pulih semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj daripada wad sebanyak 6,235 kes, 80.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat jam 12 tengah hari, semalam.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 115 kes, 1.49 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

 ??  ?? PETUGAS KKM membuat saringan Covid-19 di kawasan Pudu.
PETUGAS KKM membuat saringan Covid-19 di kawasan Pudu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia