Harian Metro

17 dikompaun balik kampung tanpa kebenaran

-

Alor Setar: Cubaan 17 individu pulang ke kampung dengan merentas negeri tanpa surat kebenaran ternyata sia-sia apabila mereka dikompaun RM1,000 sebaik tiba di sekatan pemeriksaa­n polis di dua susur keluar Lebuhraya UtaraSelat­an (Plus) di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin (gambar) berkata, pihaknya tidak berkomprom­i dengan pemandu yang tidak mempunyai surat kebenaran dan gagal memberi sebarang alasan munasabah.

Beliau berkata, semua kenderaan terbabit diarahkan berpatah balik ke tempat asal dan tidak dibenarkan masuk ke Alor Setar bagi mengelakka­n penularan Covid-19.

“Anggota kita yang dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melakukan memeriksa surat kebenaran dengan teliti bagi mengelakka­n ada yang cuba curi peluang balik.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, 17 individu dikenakan kompaun dan diarah berpatah balik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam.

Mohd Rozi berkata, walaupun sudah beberapa kali dimaklumka­n bahawa merentas negeri tanpa kebenaran adalah kesalahan namun masih ada yang cuba melakukann­ya dengan harapan boleh lepas pulang ke kampung.

Katanya, walaupun syarat pergerakan sudah dilonggark­an berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu hingga empat namun ia bukan bermakna orang ramai boleh bergerak sesuka hati.

“Ini kerana pasukan pemantau kita sentiasa melakukan rondaan memastikan orang ramai tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Malah, individu yang berhimpun atau mengadakan jamuan Aidilfitri termasuk mengambil gambar di kawasan awam dengan jumlah yang ramai juga tidak dibenarkan,” katanya.

Mohd Rozi berkata, pasukan pemantau juga turut mengesan gelagat remaja yang sengaja duduk di taman rekreasi dan di tepi pantai hanya untuk suka-suka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia