Harian Metro

Kaunter rayuan BPN dibuka

-

Putrajaya: Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada hari ini dan esok kecuali di Sabah dan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan.

Dalam kenyataan semalam, LHDN memaklumka­n kaunter rayuan itu akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang.

LHDN berkata, bagi pemohon BPN di Sabah dan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutka­n ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun.

“Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukak­an permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmat­an LHDN yang terdekat atau melalui e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my bersama-sama dokumen sokongan,” menurut kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia