Harian Metro

Pemandu mabuk nafi tuduhan langgar penjaja

-

Kuala Kubu Bharu: Seorang ahli perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederak­an penjaja di pasar malam pekan Bukit Sentosa, 22 Mei lalu.

Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa berkelakua­n tidak senonoh apabila mengeluark­an kata-kata kesat pada anggota polis di Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor dan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh terhadap penjaja iaitu Norisham Abdul Rashid, 42, Mahadin Senan, 41, dan Baharum Ab Manaf, 61, dengan cara melanggar mangsa menggunaka­n Toyota Hilux.

Tertuduh didakwa melakukan pertuduhan itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan di Tapak Pasar Ramadan di Pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada jam 6.35 petang.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mohamad Amin mencadangk­an mahkamah membenarka­n jaminan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Bagaimanap­un, peguam tertuduh Muhammad Adhwa Azfar merayu mahkamah supaya membenarka­n jaminan rendah dan munasabah.

“Selepas kejadian, orang kena tuduh (OKT) datang ke balai polis untuk membantu siasatan. Ini kes jenayah pertama tertuduh, maka saya harap mahkamah mengenakan jaminan serendah RM3,000 dengan seorang penjamin,” katanya.

Bagaimanap­un Ahmad Zuhaini menjelaska­n jaminan RM30,000 dicadangka­n kerana mengambil kira insiden rempuhan oleh tertuduh membabitka­n orang ramai di pasar ketika Ramadan.

Nurul Mardhiah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan kes.

 ??  ?? KANG dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu, semalam.
KANG dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia