Harian Metro

Suspek serah diri

-

Kulai: Lelaki berusia 45 tahun yang dipercayai memuat naik kenyataan tular di Facebook memperleke­hkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri ini berkemungk­inan dituduh di Mahkamah Majistret Kulai, 1 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Superinten­dan Tok Beng Yeow berkata, lelaki warga tempatan sebelum itu menyerah diri jam 9 pagi pada 19 Mei, malah telefon bimbitnya turut dirampas.

Bagaimanap­un, katanya, suspek yang direman bermula 20 hingga 22 Mei lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek diberi jaminan kerana kami masih menunggu laporan dan pengesahan daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesahka­n suspek pemilik akaun Facebook itu.

“Semalam, kami menerima laporan dan pengesahan SKMM. Kami akan rujuk kertas siasatan kepada pejabat timbalan pendakwa raya negeri Ahad ini untuk arahan lanjut.

“Kemungkina­n suspek didakwa pada Isnin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia