Harian Metro

Lima penyangak ditahan atas siling

-

Hulu Selangor: Geng Walit yang dipercayai menjadi punca kegiatan pecah rumah berleluasa dan mencuri sarang burung walit di Hulu Selangor ditumpaska­n, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Arsad Kamaruddin berkata, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan lima lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun jam 1.30 tengah hari di bangunan sarang burung walit di Jalan Stesen, Rasa.

Menurutnya, ketika serbuan kelima-lima suspek menyorok di atas siling tingkat tiga bangunan itu.

“Kami menahan semua suspek yang cuba meloloskan diri. Siasatan mendapati bangunan sarang burung itu diceroboh dengan memotong mangga pintu dengan pisau pemotong.

“Sehingga kini, semua suspek mengaku terbabit tiga kes pecah rumah penduduk sekitar Hulu Selangor sejak beberapa bulan lalu. Selain itu, mereka juga memecah masuk bangunan sarang burung walit bagi mencuri sarang burung dan beberapa peralatan lain milik mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia