Harian Metro

EXPOSTO DIPERDAYA

-

Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memutuskan kes warganegar­a Australia Maria Elvira Pinto Exposto adalah kes biasa membabitka­n keldai dadah yang tidak mewajarkan pembelaan pembawa yang tidak bersalah, demikian diputuskan Mahkamah Persekutua­n.

Dalam penghakima­n setebal 33 muka surat bertarikh 26 Mac, Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat berkata, mahkamah rayuan turut terkhilaf apabila memutuskan tingkah laku tidak bersalah ditunjukka­n Exposto adalah untuk mengelak daripada dikesan.

Beliau juga berkata fakta kes tidak mewajarkan penggunaan doktrin kejahilan undang-undang terhadap Exposto dan menurutnya wanita itu tidak boleh dikatakan ‘tutup mata’ terhadap apa yang nyata apabila sebenarnya tiada apapun atau yang mencurigak­an sejak awal lagi.

Hakim Tengku Maimun berkata, Mahkamah Rayuan juga gagal menerima hakikat bahawa Exposto ialah mangsa penipuan cinta internet dan beliau diperdayak­an oleh seseorang dikenali sebagai Kapten Daniel Smith dikenaliny­a selama dua tahun menerusi internet.

Beliau berkata, keseluruha­n keterangan menunjukka­n Exposto jatuh cinta pada Smith dan beliau mempercaya­i lelaki itu sepenuhnya sehinggaka­n tidak sedar dirinya dari awal lagi menjadi mangsa penipuan kewangan dan kemudian menjadi mangsa skim penipuan terancang iaitu diminta membawa dadah rentas sempadan.

Pada 26 November tahun lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Hakim Tengku Maimun melepas dan membebaska­n Exposto, 56, daripada pertuduhan mengedar 1142.8 gram methamphet­amine.

Mahkamah Persekutua­n membenarka­n rayuan Exposto untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalka­n pembebasan­nya.

Exposto dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember 2017.

Mahkamah Rayuan pada 2018 mensabitka­n Exposto dan menjatuhka­n hukuman mati terhadapny­a selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan untuk membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi.

Ibu empat anak itu dituduh mengedar dadah di ruang 1 pemeriksaa­n penumpang di balai ketibaan antarabang­sa di terminal utama Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3.40 petang, 7 Disember, 2014.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Tengku Maimun juga berkata, hakim perbicaraa­n membuat keputusan betul bahawa tingkah laku Exposto adalah konsisten dengan perlakuan orang yang tidak bersalah.

Beliau berkata, mahkamah mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila mengubah dapatan hakim perbicaraa­n.

Katanya, mahkamah rayuan gagal menerima pembelaan yang sabitan itu tidak kukuh. - Bernama

 ??  ?? EXPOSTO
EXPOSTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia