Harian Metro

Limpahan rezeki nanas Madu Kaca

-

Rantau Panjang: Tekad dua beradik untuk berbudi kepada tanah dengan mengusahak­an nanas ternyata memberi hasil lumayan apabila mereka akhirnya mampu menjana pendapatan ribuan ringgit.

Mohammad Naqiuddin Che Hashim, 24, dan adiknya Mohammad Hasrul, 19, kini mampu tersenyum gembira apabila hasil titik peluh mereka menanam nanas pada tanah seluas 4.8 hektar membuahkan hasil lumayan.

Mereka yang baru pertama kali mengusahak­an tanaman itu mampu mengutip hasil nanas 1,000 sehingga 2,000 kilogram (kg) seminggu, bergantung kepada permintaan pemborong atau pelanggan.

Mohammad Naqiuddin berkata, mereka turut dibantu bapanya, Che Hashim Che Hasan, 55, daripada segi kewangan serta sokongan bagi memastikan projek tanaman nanas itu berhasil selain banyak berkongsi ilmu pertanian.

“Alhamdulil­lah, permintaan nanas jenis Madu Kaca yang kami usahakan ini mendapat permintaan tinggi termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP), malah ia semakin meningkat berikutan permintaan di pasaran.

“Nanas ini dijual pada harga RM2.50 sehingga RM3 sekilogram yang mana harganya berubah bergantung kepada pasaran. Selain nanas jenis Madu Kaca, kami juga turut mengusahak­an jenis MD2 namun masih belum dapat dijual kerana ia belum matang sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di kebun nanas miliknya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, kelmarin.

Mohamad Naqiuddin yang juga pemegang sijil penyelengg­araan jentera berat daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis berkata, dia dan adiknya dibantu empat lagi pekerja untuk proses menanam serta mengutip hasil.

Katanya, antara cabaran mengusahak­an tanaman nanas ialah tempoh untuk buah matang yang mengambil masa lebih setahun namun ia masak secara berperingk­at selain terdapat serangan haiwan perosak seperti kera dan babi hutan.

“Selain itu, kami terpaksa meredah jalan hutan sepanjang lebih tiga kilometer (km) dengan menunggang motosikal atau menaiki pacuan empat roda (4WD) kerana jalannya yang mencabar untuk ke kebun.

“Setakat ini, nanas ini hanya dipasarkan di sekitar Kelantan, bagaimana pun kami mengalu-alukan lebih ramai pemborong untuk memborong hasil tanaman kami supaya ia terjual sehingga ke seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMAD Naqiuddin (kiri) dan Mohammad Hasrul (kanan) bersama bapa mereka menunjukka­n nanas yang ditanam di Rantau Panjang.
MOHAMMAD Naqiuddin (kiri) dan Mohammad Hasrul (kanan) bersama bapa mereka menunjukka­n nanas yang ditanam di Rantau Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia