Harian Metro

Tak sempat seludup 3.3 tan daun ketum

-

Kangar: Cubaan enam ahli sindiket untuk menyeludup lebih 3.3 tan daun ketum ke negara jiran berjaya digagalkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis, semalam.

Kumpulan terbabit dilapor menggunaka­n enam kereta yang diubah suai dan menggunaka­n jalan tikus di Jalan Pida 15-Kampung Tok Pulau, Sanglang di Kangar untuk mengekspor­t daun ketum yang dianggarka­n bernilai RM165,000 itu ke Thailand.

Usaha mereka bagaimanap­un berjaya digagalkan pasukan risik Aksem Perlis selepas mengejar enam kenderaan itu sebelum ditahan satu kilometer daripada sempadan Kedah-Perlis, jam 7.15 pagi.

Komander Aksem Perlis Deputi Superinten­dan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menahan dua daripada enam ahli sindiket berusia 20 tahun.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini menyasarka­n jalan tikus di dalam kawasan kampung dan beranggapa­n tiada rondaan akan dilakukan pihak keselamata­n di kawasan itu,” katanya pada sidang media di Kompleks Aksem Kuala Perlis di sini, semalam.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan suspek akan dibawa reman dalam masa terdekat.

 ??  ?? RODZI (kanan) menunjukka­n daun ketum yang dirampas.
RODZI (kanan) menunjukka­n daun ketum yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia