Harian Metro

Anggota trafik cedera dilanggar kereta terbabas

-

Kuala Lumpur: Anggota polis trafik yang melakukan kawalan di Jalan Kuching menghala pusat bandar raya cedera di dahi dan mulut selepas dilanggar kereta dipandu lelaki warga China yang terbabas, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian jam 7.05 pagi membabitka­n kereta BMW dipandu lelaki berusia 68 tahun.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika lelaki warga emas itu bergerak perlahan di lorong kanan jalan selepas lorong kiri jalan tidak dapat dilalui akibat ada kemalangan lain membabitka­n sebuah lori dan pacuan empat roda.

“Ketika dia bergerak di lorong kanan jalan, pada masa sama anggota polis trafik, Amos Borine, 28, muncul dari pembahagi jalan dan cuba melintas jalan dari kanan ke kiri untuk melihat kemalangan.

“Pemandu kereta tidak sempat mengelak dan bergesel di bahagian tayar kanan lalu terbabas dan melanggar anggota polis itu menyebabka dia jatuh ke arah but,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zulkefly berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

“Anggota ini sedang menjalanka­n tugas kawalan dan penyuraian serta tindakan halangan ketika kemalangan,” katanya.

 ??  ?? AMOS cedera di dahi dan mulut selepas dilanggar kereta yang terbabas di Jalan Kuching, semalam.
AMOS cedera di dahi dan mulut selepas dilanggar kereta yang terbabas di Jalan Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia