Harian Metro

Tahan saki-baki Geng Tailong

-

Kulai: Tiga warga Rohingya termasuk seorang wanita yang juga saki-baki Geng Tailong ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar daerah ini sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis daerah Kulai, Superinten­den Tok Beng Yeow berkata suspek berumur 27 tahun hingga 30 tahun ditahan hasil enam serbuan di sekitar Kulai dan Johor Bahru, Rabu lalu dari jam 8.15 malam hingga jam 2 pagi.

Katanya dalam serbuan itu pelbagai barangan dirampas termasuk barangan kemas, komputer riba, jam tangan serta bag tangan termasuk kereta Perodua Myvi serta motosikal Yamaha yang dianggarka­n berjumlah RM100,000.

“Hasil siasatan mendapati suspek terbabit dalam 15 kes pecah rumah di sekitar Bandar Putra di sini.

“Kami percaya mereka ini ada kaitan dan saki-baki Geng Tailong yang juga warga Rohingya disyaki terbabit melakukan kegiatan sama yang ditahan bulan lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Kulai, semalam.

 ??  ?? TOK (tengah) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di IPD Kulai, semalam.
TOK (tengah) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di IPD Kulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia