Harian Metro

SIAPA YANG UNTUNG?

Aplikasi panggilan video atau persidanga­n video mula mendapat perhatian pengguna yang sebelum ini mungkin hanya digunakan syarikat yang mempunyai pejabat di luar Malaysia

-

Di saat beberapa sektor perniagaan berdepan keperitan kerana tidak boleh meneruskan operasi akibat pandemik Covid-19, ada segmen lain dilihat meraih peluang berlipat ganda susulan bencana ini.

Sektor yang berkait rapat dengan teknologi seperti penghantar­an makanan, logistik, e-dagang atau pembangun aplikasi meraih peluang berganda daripada pandemik ini.

Sebagai contoh, aplikasi panggilan video atau persidanga­n video mula mendapat perhatian pengguna yang sebelum ini mungkin hanya digunakan syarikat yang mempunyai pejabat di luar Malaysia.

Disebabkan pandemik Covid-19, jarak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga perlu berhubung melalui panggilan video.

Aplikasi video Zoom antara yang meraih berita gembira daripada pandemik ini kerana ia digunakan secara meluas di seluruh dunia walaupun berdepan pelbagai masalah khususnya berkaitan isu keselamata­n.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoom, Eric Yuan muncul sebagai pendatang baharu dalam senarai manusia terkaya dunia yang dikeluarka­n Forbes April lalu.

Nilai kekayaan Yuan adalah sebanyak AS$5.3 bilion (RM23.03 bilion).

Zoom kini memiliki 17 pusat data yang direka untuk mengendali­kan trafik sehingga 100 kali.

Dengan pasukan kejurutera­an di seluruh dunia termasuk di China dan Malaysia, Zoom kini mampu mengendali­kan pelbagai isu teknikal dari jarak jauh sepanjang masa.

Selain pembangun aplikasi, sektor e-dagang turut menerima impak positif daripada pandemik ini.

Sebagai contoh, Alibaba Group Holding Ltd dikatakan muncul sebagai pemenang utama dalam krisis ini.

Berdasarka­n laporan media antarabang­sa, Alibaba bukan saja meraih keuntungan daripada perniagaan sedia ada, malah turut mengembang­kan operasi mereka dalam bidang lain ketika krisis Covid-19.

Ia juga kini mula menawarkan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di

China selain menjadi platform penawaran kerja.

Nada sama juga dapat dilihat di Malaysia apabila satu kaji selidik oleh Commerce.Asia Group of Companies (Commerce.Asia)

mendapati pertumbuha­n Volum Barangan Kasar (GMV) melonjak sebanyak 149 peratus tahun ke tahun dalam suku pertama 2020 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

Berdasarka­n kaji selidik itu, wanita Malaysia memilih membeli pakaian dalam baharu secara dalam talian dengan jualan produk itu meningkat 900 peratus hanya dalam masa sebulan tempoh PKP.

Selain pakaian dalam wanita, serbuk gelatin dan kuali adalah antara produk yang mencatatka­n lonjakan jualan dalam talian sejak PKP bermula.

Ia juga menjangka trend pembelian dalam talian akan berterusan walaupun selepas

PKP ditamatkan.

Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), peniaga runcit dan borong bukan saja mula menerima guna digital dan e-dagang dalam pelan perniagaan mereka, malah aliran ini jelas ketara dan memberangs­angkan pada tahun lalu.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, nilai jualan runcit secara dalam talian melonjak kepada RM1.2 bilion pada 2018 daripada RM300 juta pada 2013.

Ini secara tidak langsung membuktika­n mengubah corak penawaran adalah hala tuju perniagaan selepas ini dan PKS tempatan seharusnya mula mengorak langkah untuk mengubah strategi.

Jika sebelum ini Mak Cik Kiah hanya tahu menggunaka­n telefon pintar untuk menghantar ucapan selamat pagi kepada ahli keluargany­a di WhatsApp, kini Mak Cik Kiah perlu belajar mengambil pesanan dan menyimpan data pelanggan yang membeli kerepek ubinya.

Kak Senah pula perlu belajar teknik mengambil gambar memukau untuk menonjolka­n produk kek lapisnya dan bukan hanya menggunaka­n telefon pintar untuk gambar Outfit Of The

Day (OOTD) pakaian digayakan setiap hari.

Semua orang perlu belajar dan jangan gunakan alasan ‘tak pandai’ atau ‘tak tahu’ jika mahu terus bersaing.

Bak kata peribahasa - adat periuk berkerak, adat lesung berdedak yang membawa maksud tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.

Penulis Pengarang Berita Harian Metro

 ??  ?? APLIKASI panggilan video mula mendapat perhatian pengguna ketika pandemik Covid-19.
APLIKASI panggilan video mula mendapat perhatian pengguna ketika pandemik Covid-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia