Harian Metro

SETIAP UJIAN KITA BERBEZA

Orang sabar dan syukur menjadi mulia lalu berjaya. Mereka yang berputus asa dan takbur, mereka gagal terhina

-

Kesedihan apabila berjauhan dengan keluarga tersayang membuatkan hati menjadi sepi dan kesunyian. Namun, atas nama menyambut perjuangan memerangi pandemik Covid-19, berlaku perpisahan sementara seorang anak dari ibu bapa atau terpisahny­a seorang isteri berjauhan dengan suami tercinta. Apatah lagi pengorbana­n daripada menziarahi keluarga tersayang sempena perayaan penuh warna emosi di Hari Raya Aidilfitri. Terkenang pelbagai memori indah dari zaman kecil hingga kanak-kanak meraikan bersama sanak-saudara. Gelak ketawa ketika berkumpul berkongsi cerita.

Di luar sana sedang berpanas serta berhujan para pejuang barisan hadapan daripada kalangan penjawat awam juga swasta yang terus berkorban bagi memastikan terputusny­a rantaian Covid-19 demi kita dan negara. Ada dalam kalangan mereka juga terpisah berbulan lama daripada keluarga. Pandanglah mereka sebagai insan, pasti kita juga akan menghitung kesyukuran.

Merayakan Aidilfitri pada tahun 2020 ini memberi makna emosi bercampur baur sedih serta sunyi berbeza bagi kebanyakan kita. Maka, kesunyian dan kesedihan perlu diurus bagi memastikan kestabilan perasaan berfungsi. Setiap daripada kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Apa yang seseorang hadapi, mungkin tidak pernah dan tidak akan dihadapi oleh insan lain. Dalam ujian Covid-19 ini ada ujian lain bagi insan berlainan. Kenapa pula?

Ilmu psikologi dari perspektif terapi tingkah laku kognitif (CBT) menyatakan kesedihan adalah emosi yang berkaitan dengan kekurangan peneguhan positif. Teori emosi oleh James-Lange yang dikembangk­an oleh William James dan Carl Lange menerangka­n emosi adalah hasil reaksi fisiologi terhadap rangsangan luaran. Dalam konteks ini, kesedihan menyambut Aidilfitri bersendiri­an dalam kesedihan menyumbang

faktor luaran terhadap kerinduan kepada ibu bapa, keluarga, kampung halaman juga suasana berhari raya.

Allah sudah beritahu bahawa kita semua pasti akan diuji berdasarka­n apa yang kita mampu. Allah sebutkan di dalam Al Quran ; “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupa­nnya.” (Surah al-Baqarah,

ayat 286)

Dalam keheningan Syawal, tidak mengapa kesedihan dan kesunyian menyapa, tetapi kita yang memilih bagaimana menguruska­n kedua-duanya. Ujian tidak akan menghina atau memuliakan kita, tetapi reaksi atau tindak balas kita terhadap ujian itu yang memuliakan atau menghinaka­n kita. Orang sabar dan syukur menjadi mulia lalu mereka berjaya. Mereka yang berputus asa dan takbur, mereka gagal terhina.

Hati yang tenang akan bersyukur apa-bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem-beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia. Semoga Aidilfitri kali ini menjadikan kita sebagai insan yang tabah menghadapi setiap ujian melanda dengan keyakinan penuh bahawa Allah tidak pernah mempersiak­an kita sebagai hamba-Nya.

Penulis adalah Pegawai Psikologi Kanan Jabatan Perkhidmat­an Awam dan AJK Tugas-Tugas Khas Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Islami)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia