Harian Metro

‘Saya tetap hormat Tun M sebagai orang tua’

-

Petaling Jaya: “Saya hanya menjalanka­n tugas yang diamanahka­n kepada saya selaku Setiausaha Kerja.

“Walau apapun yang Tun (Dr Mahathir Mohamad) katakan, saya tetap hormat dia sebagai orang tua dan tak terasa hati," kata Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, sebagai kakitangan parti yang dilantik presiden, dia hanya menjalanka­n tugas seperti diarahkan dan tidak memandai-mandai dalam soal keahlian lima Ahli Parlimen daripada parti itu.

“Tadi pun (semalam) sebelum sidang media, Tun panggil saya di pejabat. Saya tidak pergi jumpa dia kerana saya tahu dia bukan lagi pengerusi saya.

“Lebih baik saya hanya buat kerja. Saya akui saya yang keluarkan surat, tetapi ia selepas diarahkan, bukanlah keputusan saya, pengurusan parti sudah mengarahka­n, saya hanya buat kerja,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Isu mengenai jawatan berkenaan dibangkitk­an dalam sidang media khas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam yang kemudian mempertaha­nkan Muhammad Suhaimi yang masih sah sebagai Setiausaha Kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia