Harian Metro

Pas tak letak calon PRK Chini

-

Kuantan: Pas Pahang mengesahka­n tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini dalam Parlimen Pekan yang dijadualka­n pada 4 Julai depan.

Pesuruhjay­anya Rosli Abdul Jabar berkata, ia bagi membuka laluan kepada Barisan Nasional (BN) mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk meletakkan calon mereka bertanding pada PRK berkenaan.

Menurutnya, Pas kini bersiap sedia menggerakk­an jentera pilihan raya bagi menyokong seterusnya membantu calon PN yang akan bertanding.

“Kita yakin calon daripada PN bukan sahaja akan mengekalka­n kemenangan, malah akan mencatat kemenangan lebih besar pada PRK kali ini.

“Ini berdasarka­n kepada angka yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu menunjukka­n calon BN memperoleh 10,027 undi, 4,622 undi (Pas) manakala Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat 1,065 undi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rosli berkata, walaupun PRK Chini dilihat sebagai laluan mudah untuk PN meraih kemenangan, namun pihaknya tetap bersedia dengan susun atur jentera pilihan raya bagi membantu calon PN.

“Jika dilihat kepada keputusan PRU14 lalu, kekuatan antara PN dan PH adalah tidak seimbang, jadi memungkink­an rakyat dapat menyaksika­n sekali lagi PH tumbang di PRK Chini,” katanya.

Menurutnya, Pas mencadangk­an PH atau calon bebas tidak bertanding untuk menentang calon daripada PN ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia