Harian Metro

‘DIA ARAH SAYA’

Dr Mahathir minta kukuhkan parti, kurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP

- Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my

Kongres Maruah Melayu yang diadakan tahun lalu antara arahan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangk­an keyakinan rakyat kepada DAP.

Mendedahka­n perkara itu, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa beliau pernah diarahkan berbuat demikian dan penyertaan­nya ke parti itu juga atas jemputan bekas Perdana Menteri sendiri.

Menurutnya, perbincang­an juga pernah diadakan untuk Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan mesyuarat berkenaan yang dipengerus­ikan sendiri oleh Dr Mahathir.

“Entah macam mana, beliau meletakkan jawatan. Tan Sri Muhyiddin tanya saya apa yang berlaku, saya jawab tidak tahu.

“Selepas menyertai Bersatu, perbincang­an berlaku dari semasa ke semasa dan Dr Mahathir minta saya bukan hanya perkukuhka­n parti, tetapi juga mengurangk­an keyakinan rakyat terhadap DAP,” katanya.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beberapa perbincang­an mengenai kedudukan Bersatu dalam PH turut disertai Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan beberapa pimpinan lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia