Harian Metro

CINTA MAHAL SWITZERLAN­D

Warga emas 60 tahun rugi RM60,000 ditipu kekasih dari Shah Alam

- Oleh Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

Seorang wanita warga emas kerugian kira-kira RM60,000 selepas ditipu kekasih alam maya yang dikenali melalui Facebook yang kononnya berada di Switzerlan­d.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa yang berusia 60 tahun dan belum berkahwin itu mengenali ‘kekasihnya’ itu dan menjalin hubungan cinta alam maya kira-kira dua bulan sebelum menyedari ditipu suspek.

“Sepanjang tempoh perkenalan mereka, pelbagai janji manis ditabur oleh suspek yang dipercayai didalangi sindiket warga Nigeria.

“Suspek kononnya, menjanjika­n barangan berharga seperti emas, beg tangan, wang tunai yang akan dihantar oleh suspek sebagai hadiah tanda cinta kepada mangsa.

“Mangsa yang termakan kata-kata manis itu diperdaya untuk menyerahka­n atau membuat pembayaran wang kepada ejen kurier sebagai wang proses untuk memudahkan melepaskan barangan yang ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, mangsa tetap tidak menerima barangan berkenaan selepas beberapa transaksi pembayaran dilakukann­ya.

“Mangsa menyedari ditipu selepas kehabisan wang simpanan untuk membuat transaksi seterusnya dan kemudianny­a membuat laporan polis pada 23 Mei lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota risikan dan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Shah Alam melalui operasi Ops Tiong berjaya menahan lima lelaki warga Nigeria yang dipercayai terbabit dengan kegiatan sindiket Parcel Scam.

“Polis menjalanka­n siasatan terhadap mereka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? PERODUA Myvi dipercayai milik warga emas yang dibakar menantunya ditemui di tepi Jalan Senggang, Parit, kelmarin.
PERODUA Myvi dipercayai milik warga emas yang dibakar menantunya ditemui di tepi Jalan Senggang, Parit, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia