Harian Metro

Lebur simpanan ibu demi rakan lelaki

-

Kuantan: Terpedaya dengan habuan lumayan oleh rakan lelaki yang baru dikenali 10 bulan lalu, membuatkan seorang pelajar menggunaka­n semua wang simpanan ibunya sebanyak RM86,270 untuk dilaburkan dalam pelaburan emas tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila lelaki yang dikenali sebagai Syed Omar meminta mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas daripada Bank Negara pada 2 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa pada mulanya enggan melabur namun selepas dipujuk dan dimaklumka­n bahawa wang terbabit akan dipulangka­n semula membuatkan dia tertarik dan bersetuju.

“Mangsa kemudian membuat pemindahan wang sebanyak RM86,270 dari akaun ibunya secara berperingk­at pada 3 hingga 23 Mei lalu ke dalam akaun atas nama lelaki yang tidak dikenali itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Wazir berkata, sehingga kini, suspek masih mendesak untuk pengadu membayar dan berikutan itu mangsa merasakan dirinya tertipu.

Katanya, mangsa yang merasakan dirinya tertipu membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia