Harian Metro

Gemar ‘intip’ burung migrasi

-

Labuan: Penggemar pemerhati burung migrasi, Noralip Hassanuddi­n, 45, membuat pengesahan identiti burung yang dirakam ketika ditemui di kediaman beliau di sini, semalam.

Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakka­n Bersyarat (PKPB), beliau dapat meneruskan hobi memerhati burung walaupun berseorang­an.

Aktiviti pemerhati burung migrasi ini pada kebiasaany­a dilakukan secara berkumpula­n namun beliau mengambil inisiatif melakukann­ya secara bersendiri­an selaras dengan pematuhan kepada PKPB yang dilaksanak­an oleh kerajaan demi mencegah penularan wabak Covid-19.

Menurut pengalaman beliau yang sudah berkecimpu­ng dalam aktiviti ini sejak sepuluh tahun lalu, antara lokasi tumpuan dikenal pasti migrasi burung di pulau ini adalah di benting pasir pantai kampung sungai Labu, di sekitar paya kampung sungai Lada dan di Botanikal Garden Labuan.

Migrasi burung tempatan dari sekitar asia tenggara bermula pada awal Mei hingga penghujung Ogos setiap tahun.

Antaranya burung camar dan raja udang. Manakala migrasi burung antarabang­sa seperti burung ‘terns’ dan burung ‘gray-tailed tattler’ dari jenis keluarga burung plovers (burung air) dan flaycather­s (burung darat) dari kawasan eropah, Asia Timur seperti China, Korea dan Jepun melalui laluan migrasi burung yang dikenali sebagai East Asian-Australias­ian Flyway (EAAF)bermula sekitar September hingga April.

Sepanjang penglibata­n Noralip dalam aktiviti ini sejak 2010, beliau pernah memenangi Novice - 1st Runner Up pada pertanding­an Mengenal Burung Antarabang­sa Bukit Fraser pada Mei 2016 yang berlangsun­g di Bukit Fraser, Raub Pahang dan sebelumnya pernah menjadi salah seorang Johan Pesta Burung Borneo (Borneo Bird Festival) pada Oktober 2015 di Taman Kinabalu.

Pulau Labuan sememangny­a dikenali sebagai lokasi tumpuan migrasi burung tempatan dan antarabang­sa berpotensi sebagai kawasan ‘avi-tourism’ kepada peminat serta penggemar burung daripada dalam serta luar negara. - Bernama

Migrasi burung dari sekitar asia tenggara bermula awal Mei hingga

hujung Ogos

 ??  ?? NORALIP sudah berkecimpu­ng dalam aktiviti memerhati burung migrasi sejak sepuluh tahun lalu.
NORALIP sudah berkecimpu­ng dalam aktiviti memerhati burung migrasi sejak sepuluh tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia