Harian Metro

Ustaz terima penghargaa­n

-

Bagan Datuk: “Dengan izin Allah SWT, saya berada di tempat dan masa yang tepat untuk membantu empat remaja perempuan itu daripada lemas.”

Begitu kata Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, apabila menerima penghargaa­n polis selepas menyelamat­kan empat remaja perempuan yang hampir lemas dalam tali air di Kilometer 28 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap, Kampung Gajah dekat Bota, Rabu lalu.

Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat Muhammadia­h, Hutan Melintang itu berkata, dia tidak mengharapk­an balasan kerana melakukann­ya dengan ikhlas namun mengaku terharu menerima penghargaa­n terbabit.

Bagaimanap­un, katanya, usaha itu tidak dilakukan seorang diri kerana turut dibantu pasangan suami isteri yang memberi bantuan pernafasan kepada seorang mangsa.

“Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi penghargaa­n. Saya berharap ia memberi kebaikan kepada orang lain supaya dapat membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan.

“Pengalaman berenang hampir 30 minit dengan memakai seluar jean dan berdepan arus yang deras tidak akan dilupakan. Ketika itu jika ditakdir saya ‘pergi’, saya berharap dapat selamatkan mereka dahulu,” katanya.

Muhammad Nor Imran berkata demikian ketika ditemui selepas menerima surat penghargaa­n daripada Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superinten­dan

Barudin Wariso di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Hutan Melintang di sini, semalam.

Keberanian guru itu turut mendapat perhatian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk yang menyampaik­an cenderamat­a serta penghargaa­n.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa juga ada yang menghubung­inya dan berterima kasih dengan bantuan diberikan.

“Dengan izin-Nya juga, saya bersyukur kami masih diberi peluang bernafas. Justeru, sijil penghargaa­an ini akan dijadikan kenangan,” katanya.

Sementara itu, Barudin berkata, keberanian Muhammad Nor Imran yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamat­kan mangsa layak menerima penghargaa­n.

“Kita harap apa yang dilakukan beliau dapat menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat negara ini supaya sedia membantu,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan guru itu yang sanggup mengambil risiko wajar dipuji biarpun membahayak­an nyawa sendiri.

 ??  ?? MUHAMMAD Nor menerima sijil penghargaa­n daripada Barudin.
MUHAMMAD Nor menerima sijil penghargaa­n daripada Barudin.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia