Harian Metro

‘KENA TAHAN BELUM TENTU BERSALAH’

Shah Radhi harap orang ramai tunggu keputusan mahkamah

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

“Tak semestinya orang yang dalam lokap itu bersalah. Kita tunggu keputusan mahkamah. Mereka akan menentukan segalanya,” kata pelakon, Muhammad Shah Radhi Hazvee yang dituduh memikat isteri orang untuk melakukan persetubuh­an Isnin lalu.

Shah Radhi, 24, yang pernah membintang­i drama Monalisa dan

Hero Bomba 2 mengakui bersyukur dibenarkan ikat jamin dan keluar semalam.

“Saya akan buktikan kebenaran akan ditunjukka­n di mahkamah.

“Mahkamah akan tentukan keadilan siapa yang bersalah dan tidak,” katanya yang ditemui di perkaranga­n Mahkamah Majistret di sini.

Shah Radhi mengakui menerima layanan yang baik sepanjang tiga hari berada dalam lokap.

“Bagaimanap­un saya rasa sehari macam setahun. Alhamdulil­lah Tuhan kabulkan doa saya untuk keluar hari ini. “Saya tak berhenti untuk berdoa.

Juga saya rindukan emak saya,” katanya.

Mengulas kerjaya lakonannya selepas ini, Shah Radhi mengakui menyerahka­n segala-galanya kepada perancanga­n Allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia