Harian Metro

Bentangkan cara nak genggam Oscar

-

Kuala Lumpur: Pelakon Tony Eusoff berkongsi pendapatny­a di Twitter mengenai kenyataan dikeluarka­n oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria

Abd Hamid yang ingin membawa industri perfileman tanah air sehingga ke peringkat Anugerah Academy atau Oscar.

Tony berkata dia menulis ciapan di platform media sosial itu tanpa niat menghentam mana-mana pihak, sebaliknya bagi membuka mata penggiat industri seni untuk melihat pelbagai isu dalaman yang perlu diperbaiki, sebelum bercita-cita pergi lebih jauh.

“Nak cakap kejar Oscar, memang senang, tapi bagaimana kita nak merealisas­ikannya? Sebelum nak capai sesuatu, terangkan dan bentangkan, bagaimana caranya,” katanya.

Menurutnya, perkara utama pelbagai isu dalaman perlu ditangani sebaik mungkin bagi memastikan sistem menjadi asas kepada industri seni tanah air dapat diperkukuh­kan.

 ??  ?? TONY
TONY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia