Harian Metro

Isteri Fizz Fairuz keguguran

-

Kuala Lumpur: Pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 40, sekali lagi diduga Allah SWT apabila isterinya, Datin Almy Nadia keguguran anak kelima mereka kerana mengalami pendarahan rahim pada 22 Mei lalu.

Fizz atau nama sebenar

Mohd Fairuz Zainal Abidin yang reda dengan dugaan itu berkata Almy mula mengadu pedih dan sakit di bahagian perut tiga hari sebelum raya serta mengalami pendarahan tanpa henti setiap hari pada pagi dan petang.

“Apabila jumpa doktor, kami diberitahu itu darah kotor. Termasuk, ia dikata berpunca daripada darah beku yang sudah pecah. Setiap hari perut Almy disuntik dan Alhamdulil­lah nampak ada perubahan, tapi masih ada juga pendarahan.

“Dia juga buat proses imbasan bahagian perut dan apabila dilihat dalam monitor macam ada perubahan. Apabila berjumpa doktor lagi, dia disahkan mengandung,” katanya. Menurut Fizz lagi, kandungan isterinya itu berubah-ubah saiz kerana setiap hari mengalami perubahan.

“Hari ini nampak sikit, esoknya dia jadi besar. Sepertinya darah beku, semakin hari ia semakin membesar. Daripada satu sentimeter, naik ke dua sentimeter dan seterusnya enam sentimer.

“Kami jumpa doktor untuk pemeriksaa­n

selanjutny­a dan dapati luka dalam perut yang kelihatan seperti ulser semakin berdarah,” katanya.

Fizz berkata, Rabu lalu Almy mengadu terlalu sakit dan semalam mereka sekali lagi buat pemeriksaa­n doktor.

“Doktor akhirnya buat keputusan melakukan pembedahan membuang darah beku dan mencuci rahim.

“Kami setuju dengan keputusan ini kerana bayi dah tiada. Yang penting nyawa Almy selamat kerana dia terlalu lemah selepas kehilangan banyak darah,” katanya.

Pembedahan berlangsun­g semalam pada jam 3.30 petang.

 ??  ?? FIZZ menemani Almy Nadia di hospital.
FIZZ menemani Almy Nadia di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia