Harian Metro

DINAMIK PERKASA EKONOMI

Kerjasama dengan swasta diteruskan pastikan pelaksanaa­n pelan pemulihan ekonomi lancar

-

Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang bakal diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat ini meneruskan kerjasama antara kerajaan dan swasta bagi memastikan pelaksanaa­nnya lebih lancar dan teratur.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, semua kementeria­n bertemu pihak berkepenti­ngan bagi melihat kemungkina­n dan maklum balas demi membolehka­n kerajaan membuat keputusan relevan bagi membantu pelbagai sektor.

“Pakej rangsangan bantuan prihatin diumumkan sebelum ini yang sebahagian­nya mempunyai tempoh tamat tiga dan enam bulan, berakhir dalam jangka terdekat.

“Manakala pelan pemulihan yang bakal diumumkan melihat sesetengah pakej disambung dan beberapa inisiatif baharu diperkenal­kan demi memperkasa ekonomi.

“Apa yang penting kita perlu tangkas dan dinamik kerana masa sangat pantas berlalu,” katanya selepas lawatan kerja ke ibu pejabat Bank Simpanan Nasional di sini, semalam.

Tengku Zafrul berkata, pakej rangsangan prihatin diperkenal­kan bertujuan membantu individu, perusahaan kecil dan sederhana serta perusahaan mikro yang terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuas­akan pada 18 Mac lalu bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Susulan pelaksanaa­n PKP, katanya, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia menguncup 0.7 peratus pada suku pertama dan dijangka turun ke angka negatif pada suku kedua.

Menurutnya, dengan kebanyakan perniagaan dan industri kini memulakan semula operasi beliau berharap KDNK pada suku ketiga dan keempat akan bertambah baik namun ia bergantung kepada sepantas mana Malaysia boleh mengawal penularan pandemik itu dan juga manfaat daripada insentif kerajaan dan bank.

“Secepat mana ekonomi kita boleh pulih bergantung kepada sepantas mana kita menangani Covid-19. Wujud keseimbang­an antara kehidupan dan mata pencarian. Kita buka ekonomi secara berperingk­at dan dengan cara itu, kita memastikan kehidupan rakyat dilindungi terlebih dahulu.

“Daripada kaji selidik selepas pembukaan ekonomi secara berperingk­at pada 4 Mei lalu, enam juta pekerja kembali bertugas selepas seminggu dan meningkat kepada 10.2 juta seminggu iaitu 67 peratus daripada jumlah 15 juta pekerja Malaysia,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Zafrul melawat ibu pejabat Bank Simpanan Nasional, semalam.
TENGKU Zafrul melawat ibu pejabat Bank Simpanan Nasional, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia