Harian Metro

Belum terima tawaran

-

Kuala Lumpur: Boustead Holdings Bhd belum menerima sebarang tawaran berhubung cadangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjadikan­nya syarikat persendiri­an.

Boustead dalam kenyataan berkata, pemegang saham dinasihatk­an berhati-hati dan mendapatka­n nasihat sewajarnya apabila berurus niaga dengan saham syarikat, memandangk­an tiada kepastian LTAT meneruskan cadangan itu.

“Kami umumkan LTAT, pemegang saham kawalan syarikat mengeluark­an kenyataan kepada media bahawa ia mempertimb­angkan cadangan menjadikan Boustead syarikat persendiri­an,” katanya.

LTAT yang memegang 59 peratus kepentinga­n dalam Boustead sebelum itu dilaporkan Bloomberg menerima kelulusan pinjaman bagi membiayai urus niaga berkenaan.

Potensi menjadikan Boustead syarikat persendiri­an muncul susulan usaha penstruktu­ran semula LTAT di tengah-tengah cabaran prestasi yang dicetuskan oleh krisis Covid-19.

 ??  ?? POTENSI menjadikan Boustead syarikat persendiri­an muncul susulan usaha penstruktu­ran semula LTAT.
POTENSI menjadikan Boustead syarikat persendiri­an muncul susulan usaha penstruktu­ran semula LTAT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia