Harian Metro

8.4 juta dijangka hilang pekerjaan

-

Bangkok: Majlis Pembanguna­n Ekonomi dan Sosial Nasional (NESDC) Thailand menganggar­kan 8.4 juta pekerja di negara itu berkemungk­inan hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Menurut laporan unjuran dan situasi sosial Thailand bagi suku pertama 2020, agensi perancanga­n negara itu berkata, 2.5 juta pekerja sektor pelanconga­n, 1.5 juta pekerja perindustr­ian dan 4.4 juta pekerja dalam sektor perkhidmat­an (selain pelanconga­n) menghadapi risiko kehilangan mata pencarian.

Laporan itu memaklumka­n jumlah pengganggu­r di negara itu meningkat 394,520 atau 1.3 peratus pada suku pertama 2020, menokok 0.92 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, NESDC berkata, enam juta petani turut terjejas akibat musim kemarau berterusan sejak pertengaha­n tahun lalu.

“Impak pandemik dan kemarau ke atas penganggur­an dilihat pada suku kedua 2020 dan lebih ketara pada separuh kedua tahun ini,” kata agensi itu dan menurutnya laporan itu berdasarka­n andaian pandemik itu mampu dikawal.

Berikutan situasi Covid-19 di Thailand yang semakin pulih dengan mencatat jumlah kes harian rendah, negara itu melonggark­an sekatannya dengan membuka semula operasi perniagaan dan lokasi di negara itu sejak 3 Mei lalu sebagai fasa pertama kelonggara­n berkenaan bagi memacu aktiviti ekonomi. - Bernama

 ??  ?? ORANG awam membanjiri stesen pengangkut­an awam untuk keluar bekerja di Bangkok. - AFP
ORANG awam membanjiri stesen pengangkut­an awam untuk keluar bekerja di Bangkok. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia