Harian Metro

Thai larang premis berorienta­si seks

-

Bangkok: Kerajaan Thailand membenarka­n premis dandanan dan gunting rambut, salun kecantikan dan rumah urut di Thailand beroperasi semula bermula Isnin ini.

Memetik portal Bangkok Post, perkhidmat­an gunting dan dandanan rambut serta rumah urut berorienta­sikan kesihatan dibenarkan beroperasi dua jam untuk satu-satu masa dengan pelanggan tidak boleh menunggu giliran di premis terbabit.

Manakala rumah urut berorienta­sikan seks, sauna herba dan stim masih tidak dibenarkan beroperasi.

Selain itu, klinik kecantikan, salun, khidmat tatu dan tindik juga dibenarkan beroperasi tetapi dilarang membuat rawatan pada wajah manakala pekerja dan pelanggan mesti memakai pelitup muka.

Pengumuman itu turut membenarka­n aktiviti terhad persekolah­an, teater, salun kecantikan, kelab kecergasan, bidang kesukanan, rekreasi, dewan tarian, pusat konvensyen dan zoo. - Agensi

 ??  ?? LEBIH banyak aktiviti ekonomi boleh dijalankan di Thailand bermula Isnin ini.
LEBIH banyak aktiviti ekonomi boleh dijalankan di Thailand bermula Isnin ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia