Harian Metro

Lancar kempen kesedaran tangani tekanan

-

Texas: Bapa kepada kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) yang membunuh diri bulan lalu melancarka­n kempen kesedaran bagi menangani isu tekanan ketika pandemik Covid-19.

Hayden, 12, ditemui mati dalam bilik tidurnya dipercayai kerana tertekan tidak dapat menjalani rutin harian biasa berikutan perintah berkurung.

Dia mati tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-13 dan menurut bapanya, Brad Hunstable, Hayden masih hidup sekiranya dia berada di sekolah dan bersama rakannya.

“Dia suka bebas dan benci terasing. Dia juga tidak suka berada di rumah. Saya tahu dia tentu masih hidup jika boleh ke sekolah,” katanya.

Hunstable berkata, kejadian itu mengejutka­n kerana Hayden tidak menunjukka­n sebarang tanda berdepan tekanan atau murung.

Berikutan itu, dia percaya dengan berkongsi kisah berkenaan di YouTube yang kini capai jutaan tontonan dapat membantu mengetenga­hkan isu tekanan kepada dunia.

“Ia boleh terjadi kepada sesiapa saja. Dengan pengasinga­n sosial untuk virus ini, sekecil-kecil perkara boleh menjadi lebih besar.

“Seperti yang saya sebutkan, anak saya mati kerana koronaviru­s, tetapi bukan seperti apa yang anda fikirkan,” katanya. - Agensi

 ??  ?? HUNSTABLE bersama anaknya Hayden.
HUNSTABLE bersama anaknya Hayden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia