Harian Metro

BELI 2012 DAPAT 2020

Lelaki beli gel rambut dalam talian terima selepas 8 tahun

-

Seorang lelaki Kanada membeli gel rambut berharga RM15.80 secara dalam talian pada 2012 dan pesanan itu tidak pernah sampai ke rumahnya, hingga baru-baru ini ketika negara itu berada dalam perintah berkurung.

Elliot Berinstein yang berkongsi perkara itu di Reddit menganggap ia insiden melucukan, apatah lagi dia sendiri lupa barang yang dibeli lapan tahun lalu.

Mulanya, dia pelik apabila menerima bungkusan daripada portal beli-belah, Well.ca yang dihantar ke rumahnya di sini sedangkan dia tidak memesan apa-apa barang.

Namun, semuanya terjawab apabila dia membuka kotak itu dan membaca resit yang dikepilkan, tertera pesanan dibuat pada 2012.

“Dalam kotak itu ada invois dan Brylcream bentuk tiub yang saya pesan pada 2012.

“Saya gelak kerana ia melucukan apabila pesanan diperoleh selepas lapan tahun,” katanya dipetik portal Daily Star.

Berinstein berkata, dia tidak berhasrat memakai gel itu kerana warnanya yang kekuningan dipercayai sudah luput.

Ketika memesan gel rambut itu, dia menetap di Ottawa dan pernah menghubung­i Well.ca supaya menghantar pesanan berkenaan ke alamat rumah baharu di sini.

Namun, katanya, bungkusan itu tidak diterima dan dia juga tidak bertanyaka­n hal berkenaan kepada syarikat terbabit.

“Saya tidak bertanyaka­n lagi barang itu kerana anggap ia tak penting untuk difikirkan,” katanya yang memberitah­u dia membelanja­kan CAD5 (RM15.80) untuk gel itu dan tidak berbaloi untuk dituntut.

Sementara itu, Canada Post memberitah­u media tempatan pihaknya akan menyiasat perkara itu.

“Situasi ini agak unik dan buat masa ini kita hanya mampu untuk membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku berhubung kejadian itu,” kata agensi itu dalam kenyataan.

 ??  ?? ELLIOT menunjukka­n gel rambut yang tiba di rumahnya. Gambar kanan, resit pesanan yang dibuat pada 2012.
ELLIOT menunjukka­n gel rambut yang tiba di rumahnya. Gambar kanan, resit pesanan yang dibuat pada 2012.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia