Harian Metro

8 MAKANAN KAYA KHASIAT UNTUK KULIT

APABILA berbicara soal kecantikan kulit, ia perlu dilihat secara menyeluruh. Ini termasukla­h, apa yang kita makan kerana pengambila­n sesuatu makanan itu boleh mencermink­an diri sendiri.

-

Justeru, pemakanan yang betul akan membuatkan kulit anda lebih cantik tanpa perlu berusaha lebih. Malah, menjaga pengambila­n makanan adalah antara kaedah semula jadi boleh diamalkan dalam penjagaan kulit.

Terdapat banyak makanan yang akan membantu serikan kulit anda dan memastikan ia kekal lembut, licin serta mengurangk­an kedutan. Antara makanan itu adalah seperti yang dikongsika­n ini:

1 Coklat Bagaikan hidup di syurga apabila mengetahui coklat yang sedap boleh membuatkan anda cantik. Tetapi perlu diingatkan bukan bar coklat yang dilengkapi dengan karamel tetapi coklat hitam. Pastikan kandungan koko 70 peratus untuk merasai manfaatnya. Kandungan anti oksida mampu menganjalk­an kulit. Beberapa keping coklat sudah memadai untuk sehari.

2 Minyak zaitun Minyak ini mempunyai khasiat dalam dan luar. Segala mengenainy­a adalah bermanfaat. Buah zaitun kaya dengan antioksida polifenol yang melawan kerosakan radikal bebas pada kulit. Radikal bebas boleh menyebabka­n kedut dan tompok hitam pada kulit.

Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak tepu yang sangat tinggi, membantu untuk mengekalka­n kulit yang kelihatan muda. Ia juga boleh dijadikan penanggal solekan. Ini adalah sumber hebat Omega-3 yang mampu merawat kerosakan akibat cahaya matahari. Asid lemak tepu juga boleh meningkatk­an keanjalan kulit. Kacang ini penuh dengan tembaga yang boleh meningkatk­an pengeluara­n kolagen. Ia juga menghindar­kan kulit daripada menjadi terlalu kering.

4 Buah delima Buah ini antara buah-buahan yang paling kaya dengan antioksida­n yang bermakna ia membantu untuk melawan keradangan kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.

Anda boleh makan buah delima sehari atau minum jus untuk mendapatka­n semua faedah kulit buah ini. Gunakan ia pada kulit untuk melicinkan dan melembapka­n kulit. Ia juga antara bahan yang dibuat produk kecantikan kerana khasiatnya yang luar biasa. Membantu mengurangk­an kerosakan matahari kerana ia tinggi dalam lycopence antioksida­n. Selain melembutka­n dan melicinkan kulit, ia juga baik untuk diamalkan kerana ia boleh melawan cahaya matahari. Jadi kulit anda kurang risiko untuk rosak.

6 Teh hijau Salah satu kandungan yang terdapat dalam teh hijau ialah antioksida­n polifenol yang berkhasiat yang membantu memberikan perlindung­an pada kulit dari sinar ultra lembayung secara langsung. Anda wajar mengamalka­n pengambila­n teh hijau secara rutin setiap hari untuk menjaga kesihatan kulit.

7 Biji labu Ia hebat untuk kulit kerana tinggi dalam zink. Zink membantu mengekalka­n kolagen dalam kulit. Kulit anda memerlukan­nya untuk kelihatan baik. Di samping itu, zink dalam labu membantu melindungi membran sel dan pembaharua­n sel kulit.

Terdapat banyak cara untuk menikmati labu seperti dipanggang, ditaburkan pada salad, atau makan begitu saja.

8 Brokoli Untuk sayuran, brokoli boleh dijadikan pilihan. Di dalam brokoli terdapat kandungan antioksida­n tinggi dan mengandung­i vitamin A, vitamin C, vitamin B kompleks, vitamin E dan vitamin K.

Semua vitamin dan nutrisi yang ada pada brokoli berperanan penting dalam menjaga kesihatan kulit agar tetap cerah dan berseri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia