Harian Metro

KELAB PALING KAYA DI ENGLAND

-

Manchester United kekal di kedudukan kelab Liga Perdana Inggeris paling kaya dengan nilai £2.84 bilion (RM15.22 bilion).

Skuad Red Devils juga kekal kelab kedua paling kaya di Eropah, menurut firma KPMG.

Dalam tahun tak menentu, Red Devils sebenarnya mengalami penurunan nilai sebanyak dua peratus selain berdepan hutang yang serius dengan jumlah terkumpul melonjak keseluruha­n kepada £429 juta (RM2.3 bilion).

Tetapi paling mencuri tumpuan datang dari Anfield apabila Liverpool memintas Manchester City dan Chelsea untuk menduduki tangga kedua di England dan kelima di Eropah.

Juara Eropah dan pendahulu Liga Perdana itu menyaksika­n peningkata­n nilai sebanyak 19.3 peratus.

The Reds kini dianggarka­n bernilai £2.26 bilion (RM12.11 bilion), mengatasi City £2.21 bilion (RM11.86b) dan Chelsea (£1.88 bilion) dengan Blues mengalami penurunan nilai 6.3 peratus.

Real Madrid pula kekal di puncak Eropah dengan nilai £2.95 bilion (RM15.82 bilion) selepas meningkat sedikit sejak 12 bulan lalu.

Barcelona (£2.71b) dan Bayern Munich (£2.44b) berada di bawah Man Utd. Semua kelab di Eropah berdepan krisis kewangan serius susulan pandemik menyaksika­n kebanyakan kelab terpaksa memotong gaji pemain dan staf.

The Reds dianggarka­n bernilai RM12.11 bilion mengatasi City

dan Chelsea

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia