Harian Metro

Farah Ayuni, Nuraini miliki bakat luar biasa

-

Banyak lagi pemain negara ketika di bawah bimbingan saya berpeluang beraksi di luar negara”

Dhaarma

Kuala Lumpur: Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menegaskan kejayaan penjaga gol negara, Farah Ayuni Yahya serta pakar pukulan sudut penalti, Nuraini Abdul Rashid membantu East Grinstead HC layak beraksi di Liga Hoki Eropah (EHL), adalah hasil doronganny­a ke atas kedua-dua pemain itu.

Bekas ketua jurulatih skuad hoki wanita negara itu berkata, kedua-dua pemain itu mempunyai bakat yang luar biasa dan atas faktor itu, beliau seringkali mengingatk­an mereka serta barisan pemain lain supaya beraksi di luar negara sekiranya memperoleh peluang.

“Farah umpamanya adalah pemain yang mempunyai bakat luar biasa dan pasukan kebangsaan ketika itu tidak mampu memenuhi impiannya untuk meraih kejayaan lebih besar.

“Sebab itu saya berusaha mendapatka­n tempat untuknya beraksi di luar negara menerusi kenalan lama. Sekarang dia berpeluang beraksi di pentas tertinggi bersama pemain ternama dunia. Sekurang-kurangnya dia dapat memenuhi impiannya bersama kelab.

“Banyak lagi pemain negara ketika di bawah bimbingan saya berpeluang beraksi di luar negara. Pada mulanya mereka mungkin rasa takut untuk pergi tapi apabila sudah beraksi bersama kelab, mereka mula teruja,” katanya.

Dhaarma yang ditamatkan kontraknya hujung tahun lalu menegaskan, tiada perkara yang lebih baik untuk seseorang pemain selain beraksi di luar negara.

 ??  ?? MUHAMMAD Dhaarma Raj
MUHAMMAD Dhaarma Raj
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia