Harian Metro

Perancanga­n belum terjawab

-

Kuala Lumpur: Segala perancanga­n skuad hoki negara hanya akan terjawab sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir dan mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk melakukan aktiviti seperti kebiasaann­ya.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata, sepertiman­a sukan lain, pihaknya juga masih tidak pasti bagaimana perancanga­n seterusnya untuk skuad hoki negara.

“Saya rasa setiap sukan juga berdepan kekangan ketika ini dan hanya terhad menjalani latihan di rumah. Begitu juga dengan barisan pemain skuad hoki negara yang diselia oleh ketua jurulatih, Roelant Oltmans (gambar).

“Segala perancanga­n banyak berkait dengan kebenaran daripada kerajaan. Contohnya jika pasukan mahu ke luar negara untuk siri perlawanan persahabat­an, ia hanya dapat dilakukan selepas kerajaan membenarka­n rakyat Malaysia terbang ke luar negara.

“Begitu juga dengan negara lain, adakah mereka juga membenarka­n orang luar memasuki negara masing-masing. Perkara seperti inilah yang diambil kira ketika ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia