Harian Metro

JDT PIKAT SUMAREH?

Mesra dengan TMJ di Instagram

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Tonggak naturalisa­si negara, Mohamadou Sumareh bakal memperkuat­kan barisan kesebelasa­n utama Johor Darul Ta’zim(JDT)?

Persoalan terbabit timbul apabila melihat situasi ‘mesra’ pemain sayap Pahang itu dengan pemilik pasukan JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram Sumareh, semalam.

Perbualan di antara kedua-dua individu berkenaan mengundang komen netizen yang rata-rata menyokong jika Sumareh berhijrah ke JDT pada musim depan.

Sumareh dilihat berkongsi gambar jentera mewah dipercayai Mercedes

A-Class Hatchback kelmarin, sebelum kedua-duanya berbalas komen antara satu sama lain.

Tunku Ismail sempat meninggalk­an komen di hantaran terbabit apabila beliau menulis ‘haha’ yang disertakan emoji penumbuk dan emoji hati berwarna biru dan merah yang sememangny­a lazim dengan warna pasukan Harimau Selatan.

Sumareh membalas komen terbabit sambil tertawa dan mengucapka­n terima kasih kepada Tunku Ismail.

Bintang Pahang itu juga menulis if you never go, you will never know (jika kamu tak pergi, kamu takkan tahu).

Segala kemungkina­n boleh berlaku terutama rakan baiknya, Matthew Davies sudah berhijrah ke pasukan selatan tanah air terbabit sekali gus mahu berganding kembali dengan pemain kacukan terbabit.

Jika benar Sumareh ke JDT, sudah pastinya pasukan terbabit boleh dikatakan agak sempurna menerusi gandingan 3S iaitu Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Sumareh.

Situasi terbabit sekali gus memberi cabaran lebih hebat kepada pasukan lain untuk menggugat kedudukan JDT selaku juara enam kali Liga Super.

Untuk rekod, Sumareh bersama skuad Pahang sejak 2017, namun hanya menjulang Piala FA bersama skuad Tok Gajah pada 2018.

Sebelum itu, Safawi dan pemain berasal dari Gambia itu mencuri tumpuan netizen apabila masing-masing menayang kenderaan mewah masing-masing menerusi Instagram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia