Harian Metro

Kafa tak boleh ambil tindakan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn Bhd (TRWSB), Datuk Wan Rakemi Wan Zahari yang bertindak melepaskan jawatan terbabit ketika pasukan itu berada dalam situasi sukar akibat hutang bertimbun.

Setiausaha Agungnya, Hussin Deraman berkata, pihaknya tidak sempat menandatan­gani perjanjian bersama di antara kedua-dua pihak sebelum aksi liga ditunda akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu mengambil tindakan undang-undang, namun akan berbincang bersama Wan Rakemi bagi mendapatka­n persetujua­n bersama untuk beberapa isu berbangkit.

“Sebelum ini kita hanya tandatanga­n memorandum persafaham­an saja, namun perjanjian akhir belum lagi dimuktamad­kan antara kedua-dua pihak.

“Kafa diuji pelbagai ujian dengan kekurangan dana untuk meneruskan saingan, selai n perlu membayar pula tunggakan gaji dan ketika ini kemelut berkenaan tidak menunjukka­n kesudahan, Wan Rakemi pula meletakkan jawatan,” katanya.

Kafa perlu membayar tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus berjumlah lebih RM600,000 dan jika gagal berbuat demikian boleh dikenakan hukuman oleh Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa).

Lebih memburukka­n keadaan, Wan Rakemi meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Urusan TRWSB sekali gus sukar untuk mendapatka­n dana bagi pasukan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia