Harian Metro

3 KALI PINDAH

Orang Asli Batik Kampung Kuala Koh kerap berpindah sejak PKP risau dijangkiti Covid-19

- Oleh Ramli ibrahim am@hmetro.com.my

“Kami sudah tiga kali berpindah ke hutan kerana takut penularan wabak Covid-19,” kata Kulim Tebu, 73, Orang Asli Batik di Kampung Kuala Koh, dekat Gua Musang.

Dia adalah antara 300 penduduk Orang Asli kampung itu yang kerap berpindah ke hutan sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Katanya, keadaan itu diambil iktibar daripada jangkitan demam campak yang menyebabka­n 15 kematian kaum terbabit Jun tahun lalu.

“Ia sudah menjadi kebiasaan bagi kami untuk berpindah ke hutan jika berlaku sesuatu kejadian terutama membabitka­n penyakit berjangkit. Kami semua tinggal tidak lama, hanya dua hingga tiga minggu sahaja. “Selepas itu, kami berpindah ke tempat lain pula kerana tinggal di rumah dianggap tidak selamat dan mudah dijangkiti penyakit bahaya seperti Covid-19,” katanya.

Tragedi jangkitan demam campak Jun tahun lalu menyebabka­n 15 Orang Asli meninggal dunia dan 112 lagi menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan Hospital Kuala Krai (HKK).

Sementara itu, Som Ngai, 50, berkata dia masih trauma untuk tinggal di rumah sendiri apabila kehilangan tiga anak dalam tragedi demam campak itu.

“Sebelum itu, suami saya juga Penghulu Kampung Kuala Koh, Hamdan Keladi meninggal dunia kerana serangan angin ahmar.

“Kini wabak Covid-19 pula, keadaan ini membimbang­kan dan disebabkan itu saya kerap berpindah ke hutan. Memang ada masa pulang juga semula ke rumah terutama bila ada pihak menghulurk­an bantuan makanan,” katanya.

Menurutnya, mereka membina khemah dan pondok sementara di kawasan tepi sungai untuk memudahkan penggunaan air bagi keperluan harian.

“Keadaan ini membimbang­kan dan disebabkan itu saya kerap berpindah ke hutan

Som Ngai

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia