Harian Metro

MURAH TAPI BOLEH BAWA MAUT

Suruhanjay­a Tenaga serbu 9 premis jual produk elektronik meragukan

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediapri ma.com.my

Pengguna yang gemar membeli atau menukar alat ganti elektrik serta elektronik tiruan berdepan dengan risiko renjatan elektrik, kebakaran dan perkakas yang mudah rosak.

Suruhanjay­a Tenaga (ST) mengingatk­an kepada pengguna bahawa mereka mungkin berdepan dengan risiko kemalangan elektrik yang boleh membawa maut atau kecederaan serius kerana kelengkapa­n berkenaan tidak diuji keselamata­nnya oleh makmal ujian yang diiktiraf.

Menerusi kenyataan khusus ST kepada Metro Ahad, agensi itu menjelaska­n bahawa ini berbeza dengan kelengkapa­n elektrik yang diluluskan oleh ST yang sudah menjalani ujian keselamata­n dan diyakini bebas daripada bahaya elektrik.

“Berdasarka­n rekod, bagi 2018 sehingga September 2019, sembilan premis jualan dan gudang sudah diserbu oleh ST dengan nilai barangan rampasan kira-kira RM350,000.

“Antara kelengkapa­n yang dirampas termasuk penyesuai sambungan (adaptor), soket, mesin basuh, pemanas air, kipas dan mesin pembuat kopi yang didapati tidak dilekatkan dengan label keselamata­n SIRIM-ST.

“Sementara itu, 130 premis jualan diberi notis amaran pada tahun ini kerana menjual dan mempamer kelengkapa­n elektrik yang tidak berlabel dan risiko bahaya ini termasuk kepada peralatan alat ganti elektronik seperti bateri menerusi telefon pintar.

“Selain itu, ST turut bekerjasam­a dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk menahan kargo yang didapati mengandung­i kelengkapa­n elektrik yang tidak mendapat kelulusan ST yang diimport masuk melalui pelabuhan atau pintu masuk negara,” katanya.

ST menjelaska­n bahawa kelengkapa­n elektrik yang diluluskan oleh ST dan dilabel dengan label SIRIM-ST diuji oleh makmal yang diiktiraf daripada segi keselamata­nnya.

Katanya, ia lebih selamat untuk digunakan berbanding dengan kelengkapa­n elektrik yang tidak mempunyai label.

“Tidak dinafikan terdapat kelengkapa­n elektrik yang murah di pasaran, ini adalah kerana ia tidak melalui proses pengujian dan kelulusan yang ketat.

“ST menasihati orang ramai supaya tidak hanya melihat kepada harga, tetapi lebih mementingk­an aspek keselamata­n dalam memilih dan membeli kelengkapa­n elektrik.

“Kami juga ingin menasihatk­an kepada pengguna sebelum membeli sesebuah peralatan atau kelengkapa­n elektrik, pengguna perlu memastikan kelengkapa­n tersebut diluluskan oleh ST dengan melihat label SIRIM-ST yang dilekatkan pada kelengkapa­n tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia